Pengerusi
Bersama BERSIH 2.0 Datuk Ambiga berkata pihaknya tidak mempunyai masa
yang mencukupi untuk mengubah lokasi perhimpuan ke Stadium Merdeka
sepertimana yang dicadangkan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri
Ahmad Fuad Ismail.”Kami menghadapi masalah dengan masa. Kami tidak boleh
menukar lokasi. Hari ini hari rabu, kalau kami membuat pengumuman esok,
ia hanya ada dua hari.
“Kami percaya kalau kami tukar tempatnya sekarang, ia akan mengelirukan rakyat, sama ada berkumpul di Dataran Merdeka atau di Stadium Merdeka,” katanya selepas pertemuan dengan Ahmad Fuad.
Sehubungan
itu, beliau berkata, pihaknya tetap akan mengadakan perhimpunan di
Dataran Merdeka kerana pertukaran tempat pada saat akhir akan
mengelirukan rakyat yang hadir memandangkan tempoh masanya adalah
singkat.
Bagaimanapun,
Ambiga yang juga bekas presiden Majlis Peguam berkata, pihaknya merayu
dan berharap kepada datuk bandar supaya menimbang semula rayuan mereka
untuk mereka berhimpun di Dataran Merdeka walaupun dalam pertemuan
tersebut, Ahmad Fuad menolak permohonan mereka.
Mengulas
perkara itu, Ahmad Fuad berkata tidak timbul kelewatan daripada DBKL
sehingga menyebabkan BERSIH 2.0 sukar untuk menukar lokasi alternatif.
Katanya,
pihaknya hanya menerima surat dan menjawab permohonan mereka pada 19
April lalu dan mendakwa tidak menerima faks permohonan mereka itu yang
didakwa dihantar pada 16 April lalu.
Bahkan
Ahmad Fuad berpendapat hasrat BERSIH berhimpun di Dataran Merdeka
seperti yang diumumkan dalam sidang media pada 4 April lalu, merupakan
“hasrat” mereka sahaja, dan ia tidak dibuat secara rasmi dengan DBKL
pada tarikh tersebut.
“(Contohnya)
kalau dia kata nak buat kenduri, tapi dia tak jemput awak. Awak tahu
dia nak buat kenduri, dan jemputan tak dapat, kamu nak pergi kenduri
ataupun tidak. Samalah dengan DBKL, tak ada surat rasmi,” katanya.
Sebelum itu dilaporkan Ahmad Fuad turut memberi amaran kepada BERSIH 2.0 bahawa pihaknya akan mengambil tindakan keras terhadap mereka yang berhimpun di Dataran Merdeka pada 28 April ini.
Sebelum itu dilaporkan Ahmad Fuad turut memberi amaran kepada BERSIH 2.0 bahawa pihaknya akan mengambil tindakan keras terhadap mereka yang berhimpun di Dataran Merdeka pada 28 April ini.
KEADILAN
percaya ada arahan dari pemimpin Umno BN supaya DBKL bertindak
menggagalkan perhimpunan Duduk Bantah Bersih 3.0 di Dataran Merdeka
Sabtu ini.
Naib
Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh berkata, kerajaan terutama Kementerian
Dalam Negeri (KDN) cuba lepas tangan dalam isu Bersih 3.0 dan
meletakkan beban itu kepada DBKL tetapi pada masa sama memberi tekanan
kepada pihak berkuasa tempatan itu.
“BN
belajar dari kesilapan lalu apabila melakukan kekerasan terhadap
peserta Bersih 2.0. Menteri yang terlibat juga sudah mengaku hal ini
(kekerasan).
“Kononnya
mahu tunjuk toleransi. BN kata tiada halangan untuk Bersih 3.0
berhimpun, kemudian serahkan tanggung jawab kepada DBKL dan memberi
tekanan kepada DBKL untuk menggagalkannya.
“Kita tahu tindakan DBKL dan polis di bawah arahan kerajaan BN,” katanya ketika diminta mengulas gelagat keras DBKL kebelakangan ini.
“Kita tahu tindakan DBKL dan polis di bawah arahan kerajaan BN,” katanya ketika diminta mengulas gelagat keras DBKL kebelakangan ini.
DBKL hari
ini merampas dua kotak derma mengandungi kira-kira RM200 dalam serbuan
ke atas perkhemahan mahasiswa di Dataran Merdeka dan merampas bekalan
makanan mereka, tengah malam tadi.
Ia adalah
serbuan ketiga DBKL dalam tempoh kurang 24 jam tetapi ia gagal
menghalang mahasiswa dan aktivis yang tekad meneruskan perkhemahan
sehingga 28 April ini.
Mengulas
lanjut, Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan berkata, polis dan DBKL
patut menggunakan budi bicara dengan memberi kebenaran kepada peserta
Bersih dan perkhemahan mahasiswa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan