Selasa, 10 April 2012

TI-M seru AG berundur daripada kes balak Sabah

Badan pemerhati Transparency International Malaysia (TI-M) menggesa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail supaya mengundur diri daripada membuat keputusan mengenai pendakwaan ke atas ketua menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman berhubung isu pembalakan di negeri itu.

Presiden TI-M Paul Low memberi alasan, mungkin wujud konflik kepentingan dalam kes berkenaan kerana Gani dipercayai mempunyai hubungan keluarga dengan Musa.

"Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah menyiapkan laporan ke atas Musa tetapi tiada dakwaan dibawa ke atasnya.

"Ia kelihatan seolah-olah Musa mempunyai hubungan dengan Gani oleh itu Gani perlu mengundur diri dan menyerahkan keputusan pendakwaan kepada orang lain di Pejabat Peguam Negara," kata Low ketika dihubungi.

Khamis lalu, laman Sarawak Report dalam laporannya mendakwa memiliki dokumen SPRM yang menunjukkan bahawa siasatan ke atas Musa mendapati ketua menteri itu mengeluarkan lesen balak bernilai berjuta ringgit kepada adiknya, menteri luar Datuk Seri Anifah Aman.

Laman berpengkalan di London itu juga mendakwa Gani enggan membenarkan tuduhan dibuat ke atas MUSA dan siasatan SPRM itu telah dihalang dan hasil siasatan suruhanjaya itu didakwa disimpan secara sulit.

17 ulasan:

TuhauBam berkata...

Datuk Musa Aman said he would give his full cooperation to the authorities if needed but in the meantime his responsibility is to ensure the well being and development of Sabah.

drako drakonius berkata...

I won't palace my bet on Sarawak Report. They are beating on old issues that has long been dismissed. SR sounded like a broken tape recorder. Keep on looping and looping.

The CM has more pressing concerns for the benefit of the people of Sabah. He is the best CM that Sabah have ever produced.

Tanpa Nama berkata...

musa tidak pernah didakwa berhubung isu pembalakkan di sabah.

Tanpa Nama berkata...

amat menghairankan TI-M mempercayai apa yang disiarkan oleh sarawak report sedangkan belum ada pengesahan sama ada dokumen yang disebut sebagai bukti itu adalah sah..TI-M seharusnya meminta sarawak report dan PKR mendedahkan saja dokumen2 tersebut kepada media secara terbuka sekiranya apa yang didakwa oleh mereka itu adalah benar..

Tanpa Nama berkata...

sekiranya akan ada siasatan dilakukan, musa akan memberikan kerjasama penuh...

Tanpa Nama berkata...

lebih baik fokus kepada permasalahan rakyat daripada melayan pembohongan dan fitnah sarawak report..

zam berkata...

setuju dengan Mike, lebih baik semua fokus kepada isu yang lebih penting kepada rakyat.

zam berkata...

laporan dari Sarawak report bukan boleh percaya sangat kerana ianya hanya bersifat tuduhan semata-mata.

zam berkata...

rakyat Sabah pasti dapat menilai bagaimana kepimpinan Musa dari ssegi ekonomi dan pembangunan negeri.

zam berkata...

isu yang timbul kebelakngan ini dilihat seperti untuk menjejaskan Musa, namun sokongan terhadap beliau dilihat tetap padu.

Tanpa Nama berkata...

Musa telah buat penafian yang dia terlibat dalam perkara tersebut. lagipun tiada bukti mengaitkannya.

Tanpa Nama berkata...

selagi belum ada bukti dia terlibat kita jgnlah nak percaya pada cerita2 seperti ini, ini semua adaa usaha pihak tertentu untuk menjatuhkan Musa Aman. pasti ada pihak cemburu dgn kejayaan Musa Aman.

Tanpa Nama berkata...

jika ada laporan dari SPRM berhubung hal ini baru boleh dipercayai.

Hosie Masie berkata...

Peguam Negara rasanya tidak ada pun berkaitan dalam hal ini. Cuma ada pihak yang cuba memburuk-burukkan Musa, Anifah dan juga Gnai Patail.

Mumbai berkata...

kenapa Yong Teck Lee yang keluarkan lesen balak kepada 265 kroninya seluas 5 kali ganda keluasan Singapura tidak disiasat?? adakah kerana YTL sekarang berada dipihak pembangkang, maka beliau perlu dipertahankan dan kesalahan beliau disenyapkan??

Mumbai berkata...

bagaimana lamanweb yang berpangkalan di London boleh mencampuri urusan pentadbiran kerajaan Malaysia?? adakah mereka dibiayai oleh pemimpin2 pembangkang di negara ini?? sudah tentu mereka tidak melakukan kerja2 jijik ini secara suka rela..

Mumbai berkata...

seperkara lagi yang menjadi kemusykilan saya ialah, adakah pegawai2 SPRM terlibat 'menjual' dokumen sulit berkenaan dengan siasatan kepada pihak luar sedangkan tidak ada tindakan diambil terhadap pihak yang dinamakan?? jika benar, bermakna SPRM telah menlencong jauh dari objektif mereka..