Oleh: Mohd Martin Kahar
KUALA LUMPUR : Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah,
Datuk Shafie Apdal mempunyai masa kurang tujuh hari dari sekarang untuk
memberi penjelasan mengenai skandal membayar sehingga RM1.5 juta kepada
seorang pelakon wanita popular dalam tempoh empat bulan ‘hubungan intim’
mereka.
Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata, sekiranya tidak
ada penjelasan daripada menteri terbabit, pihaknya akan membawa kes itu
kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Kami sudah bersedia dengan segala bukti untuk mengheret beliau ke
SPRM. Pemberi maklumat juga bersedia tampil untuk menjadi saksi. Kami
akan dedahkan perkara ini secara berperingkat-perongkat.
Sekarang ini
kami tunggu penjelasan daripada beliau (Shafie Apdal),” katanya ketika
dihubungi Keadilan Daily hari ini.
18 April lalu, Ahli Parlimen Ampang itu mendedahkan Shafie memberikan
hampir RM1.5 juta kepada pelakon terkenal Zahida Rafik dalam tempoh
empat bulan.
Transaksi itu berlaku pada bulan Oktober 2011 iaitu RM36,000 dan
RM26,000, November 2011 (RM118,000), Disember (RM333,000) dan Januari
2012 (RM510,000)
Bukan itu sahaja, beliau turut mendedahkan Zahida mempunyai sebuah
kereta mewah jenis BMW 6 Series ,Porshe, Toyota Harrier dan juga rumah
bernilai RM2.9 juta.
Dalam pada itu, Zuraida sekali lagi menegaskan tidak mahu masuk
campur mengenai hubungan intim mereka tetapi mahu menteri berkenaan
tampil memberi penjelasan daripada manakah sumber kewangan untuk
‘membiayai’ seorang artis terkenal.
“Sebagai menteri beliau harus bertanggung jawab kepada rakyat
Malaysia untuk menjelaskan dari mana sumber wang itu diperolehi untuk
diberikan kepada Zahida,” katanya.
Untuk berita lanjut sila klik http://www.keadilandaily.com/pemandu-zahida-rafik-dedah-skandal-menteri-dalam-laporan-polis/
12 ulasan:
Penjelasan mungkin hanya strategik pembangkang untuk menarik perhatian dan sokongan rakyat
kalau pembangkang rasa bukti ada dan berani, bawa saja kepada SPRM..tidak payah tunggu 7 hari..
mungkin pembangkang takut...sebab ini hanya mainan politik semata-mata..
dekat2 pru13, makin banyak cerita2 khabar angin tanpa bukti kukuh disebarkan oleh pembangkang..
Isn't it obvious that these politician are spreading rumours to have the government to lose bad.
Shafie must provide an explanation if he is no duty,.
Setakat ni, belum ada apa2 penjelasan daripada Shafie. Samada dakwaan ni tidak benar atau sebaliknya, beliau memang perlu bagi penjelasan bagi menepis cakap2 negatif ini.
Pemimpin BN kebelakangan ni ramai yang sudah 'dihentam'. Ini salah satu daripada strategi pihak lawan.
Shafie dah beri penjelasan dan menafikan semua dakwaan tersebut.
Yang kita tahu Datuk Shafie telah pun menjelaskan mengenai perkara ini dan menafikan semua tuduhan yang dibuat terhadap beliau.
peh!! kenapa perlu tunggu tujuh hari?? kalau ada bukti, dedahkan saja la.. buat la terus laporan sprm.. apa punya pembangkang..
Zuraida buat gimik politik saja ni.. sebab itu dia minta tujuh hari.. kalaulah Shafie tampil memberikan penjelasan, adakah Zuraida tidak akan membuat laporan kepada SPRM?? dan adakah Zuraida tidak akan dedahkan bukti2 itu??
Catat Ulasan