Rabu, 25 April 2012

Ratu boros Rosmah beri amaran kepada pelajar: Jangan tak tahu mengenang budi

  Maria Begum, Malaysia Chronicle

Nampaknya PM Najib dan isteri Rosmah Mansor telah sekali lagi tersilap dalam memberi komen ke atas isu terbaru ini.

Semakin keadaan tegang memuncak di kalangan belia negara atas kos pendidikan yang semakin meningkat, kerajaan Najib meluluskan beberapa siri penyelamatan dan pembelian kepentingan yang terang-terangan memihak kepada kroni perniagaan, Rosmah juga membuat percubaan mempertahankan suaminya.

"Ada satu pepatah Inggeris yang mengatakan Don’t bite the hand that feeds you (jadi jangan tak tahu mengenang budi)," Bernama melaporkan Rosmah berkata demikian dalam ucapannya pada majlis pelancaran A Step to University di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) tahun 2012 pada hari Ahad.

Tidak sensitif

Rosmah segera ditegur kerana "kenyataannya yang tidak sensitif", berbanding Khaled Nordin, menteri pendidikan tinggi yang dikecam kerana kenyataannya kepada pelajar yang menunjuk perasaan memang patut dipukul samseng seramai lebih 40 orang yang dipercayai diupah Umno.


Pelajar merupakan sebahagian daripada kumpulan yang telah berkhemah di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur untuk membantah PTPTN, singkatan bagi program pinjaman pelajar yang mendapat kritikan dan melancarkan pergerakan Occupy Dataran, untuk menggesa diberi ruang demokrasi yang lebih besar.

"Tiada siapa yang menyuruh mereka berkhemah di Dataran. Jadi, apabila perkara-perkara ini berlaku, jangan minta kasihan pula," luah Khaled di akaun Twitternya apabila berita serangan samseng dilaporkan.

Memandang rendah pada pelajar


Malah, ia kelihatan sedikit bodoh bagi Rosmah untuk memberi komen sedemikian kepada pelajar jika diamati dari tabiat borosnya.

Rosmah, yang menggelar dirinya Wanita Pertama Malaysia atau FLOM, telah dibelenggu kontroversi sejak Najib mengambil alih sebagai PM pada April 2009. Cara kurang ajar beliau, gaya autokratik dan desakan untuk mencampuri hal ehwal negara telah menjadikan ramai rakyat Malaysia marah.

Lebih buruk lagi, gaya hidup mewah dan keborosannya berbelanja lebih hebat daripada Imelda Marcos, bekas wanita pertama Filipina, dan ini menyebabkan kebimbangan yang serius bahawa dia dan suaminya akan menyalahgunakan kuasa mereka dan menggunakan dana awam untuk membiayai perbelanjaan peribadi mereka.

"Sudah jelas Rosmah tidak memahami masalah pelajar dan bagaimana perasaan mereka terhadap progres pembangunan negara ini. Kami telah bercakap tentang pelajar universiti dan kolej. Mereka bijak dan boleh mengesan jika ada sesuatu yang tidak betul. Dimana perginya semua wang itu? Kenapa bayaran tol dan keperluan harian yang lain begitu mahal? " Naib presiden PKR Chua Jui Meng memberitahu Malaysia Chronicle.


"Namun yang kaya menjadi semakin kaya dan Rosmah terus berbelanja. Para kroni terus mendapat kontrak besar dan tidak perlu membayar balik kepada kerajaan.

Namun, pelajar perlu membayar untuk kos pembiayaan pelajaran mereka.

Bagaimana ini boleh berlaku? Amat disesali apabila Rosmah dan Najib seolah-olah berfikir pelajar terlalu muda atau terlalu bodoh untuk memahami kebenaran itu.

Mereka menyalahkan Pembangkang kerana meniupkan api kemarahan pelajar terhadap BN. Tetapi ia adalah sebenarnya satu dakwaan yang dahsyat keatas belia yang mempunyai kepimpinan negara yang begitu memandang rendah kepada mereka." Malaysia Chronicle

Tiada ulasan: