Rabu, 25 April 2012

Hentikan politik jenis ular berkepala dua, Uthaya: Cabar Anwar atau peras ugut?

  Mathias Gomes, Stan Lee, Malaysia Chronicle

Pada pagi Ahad, kami berada di Padang Chetty, Klang pada pukul 11.30 untuk menyaksikan Parti Hak Kemanusiaan Uthayakumar mencabar Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

Kawasan agak kosong kecuali dengan kehadiran 8 ke 9 orang yang sedang berdiri, bertentangan sudut Jalan Tun Kelana. Tidak lama kemudian, berlaku aktiviti apabila sekumpulan penyokong HRP mula mengedarkan kertas berisi maklumat dan menggesa orang ramai yang membeli-belah di Little India menandatangani buku dan meninggalkan numbor telefon mereka.

Sebuah kumpulan sedang menjual payung HRP dengan harga RM10 seunit. Perlahan-lahan, kumpulan mencecah jumlah lebih kurang seratus orang. Kemudian, Uthaya dan Jayathas, penggerak HRP tiba dan sorakan “HindrafValga” (hidup Hindraf) mengiringi mereka.

Selepas itu, mereka berjalan menuju Padang Chetty (sila rujuk kepada video dibawah) diiringi sekurang-kurangnya 150 orang dibelakang, sambil menyanyi lagu Hindraf dengan menggunakan pembesar suara.

Semasa berada di Padang, kumpulan tadi telah menjadi beberapa ratus orang dan para pemimpinnya berhenti dibawah pokok untuk memberi ceramah kepada mereka yang hadir. Orang pertama yang bercakap merupakan Thiagarajandan dia mengingatkan para hadirin untuk mendaftar dan memberi nombor telefon kepada pekerja parti yang bertugas.

Belang anti Pakatan mula nampak


Thiagaralan juga meminta sukarelawan untuk bekerja dengan HRP, dengan berkata parti itu memerlukan mereka untuk menambahkan sokongan. Dia juga ada menyebut bahawa mereka telah menghantar surat pada 4 April yang telah diterima dan dimaklumi, menjemput Anwar Ibrahim , Lim Kit Siang and Abdul Hadi untuk berjumpa dengan rakyat.

Namun, pelawaan itu telah dengan angkuhnya ditolak oleh pemimpin-pemimpin Pakatan, dakwa Thiagaralan.

Jadi, mengapa kita mesti menyokong Pakatan pada PRU ke 13, jerit Thiagaralan. Dia kemudian meninggalkan persoalan itu pada rakyat. Kemudian, Jayathas memberi ucapan dan dia juga mengutuk Pakatan dengan mengatakan bahawa mereka tidak mengenang budi.

Walaupun orang India menyokong Pakatan sepenuhnya pada 2008, Jayathas mendakwa Pakatan hanya menyokong orang Cina dan Melayu di Selangor dan Perak, meninggalkan kaum India dipinggirkan.

Kemudian, Bendahari HRP pula berucap. Dia memberitahu hadirin bahawa dia mempunyai 3 anak perempuan. Yang sulong telah dikahwinkan dengan Barisan Nasional dan dia telah menderita selama 54 tahun. Yang kedua telah dikahwinkan dengan Pakatan dan dia pula sengsara selama 3 tahun. Sekarang, yang bongsu sudah boleh dikahwinkan, “bagaimana saya boleh mengahwinkannya dengan Pakatan lagi?”

Cabaran Uthaya atau pilihan terakhir?


Pemimpin tertinggi HRP kemudiannya memberi ucapan kepada mereka yang hadir. Dia bermula dengan bertanya, “mahukah kita bapa mertua seperti Pakatan?” Dia mendapat jawapan tidak daripada hadirin dan kemudian dia mula tersenyum sinis. Uthaya memberitahu bahawa lima tahun yang lalu, dia telah melalui keadaan yang sama seperti hari ini dan juga berada di Padang Chetty, namun sambutan adalah luar biasa.

Menurutnya, untuk perhimpunan pada Ahad itu, dia telah menampal banyak poster disekitar Klang dan Kapar namun kesemuanya telah diturunkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Bagi Uthaya, itu tidak mengapa.

“Apa yang kita mahu tahu apabila Pakatan dan Anwar Ibrahim sebagai PM memperolehi kuasa, apakah yang akan dilakukannya dalam masa 100 hari untuk kaum India, adakah ini salah?” jerit Uthaya kepada mereka yang hadir.

Dia juga menyebut bahawa pertemuannya dengan rakyat di beberapa daerah seperti Kapar, menunjukkan rakyat begitu muak dengan BN, jadi Pakatan mungkin berpeluang untuk menang pada PRU ke 13. Namun, Pakatan tidak mahu menyokong perjuangan HRP, jadi dia melarang hadirin untuk mengundi Pakatan kecuali jika pakatan pembangkang itu menyokong permintaannya.

Uthaya juga berkata bahawa orang India tidak memiliki kerusi yang kukuh kerana BN telah memanipulasi kesemua kerusi yang berada di kawasan komuniti minoriti. Dia menggesa hadirin untuk mengubah keadaan ini dengan mendaftar semula di kawasan majoriti kaum India. Dia menyuruh kaum India mendaftarkan diri mereka semula di bahagian Andalas, Klang secepat mungkin dan berbuat demikian di semua kawasan majoriti India.

Uthaya mengakhiri ceramahnya dengan memberi Anwar Ibrahim peluang terakhir untuk berjumpa rakyat pada 20 Mei di tempat yang sama pada pukul 1.00 petang dan dia menjangka mereka yang hadir akan berjumlah lebih kurang 10,000 orang. Jika pakatan mendapati tempat ini tidak sesuai, Uthaya sanggup membawa semua yang hadir ke ibu pejabat Pakatan di Tropicana, Petaling Jaya. Pilihan adalah di tangan Pakatan.

Ular berkepala dua?


Benarkah semua ini? Ramai pemerhati sudah mendapati Uthaya dan HRP sudah tidak relevan. Namun, komuniti India keliru tentang apakah status sebenar Hindraf? HRP dengan liciknya mengaitkan Hindraf kepada HRP dan menggunakan semangat 25 November 2007 untuk kekal relevan.

Tapi, pada hari Ahad, Uthaya dan cakap besarnya hanya mampu mengumpul 500 orang di mana sebahagian besarnya merupakan orang yang sedang membeli-belah di kawasan itu.

Apakah pendirian HRP dan Uthaya Kumar? Uthaya telah berkata bahawa dia sanggup berdiri sendiri pada PRU ke 13 jika Pakatan tidak menyokongnya dan dia tidak peduli jika undi berpecah. Jadi, Uthaya dan HRP, dipersilakan. Kamu dan juga HRP akan menjadi sejarah seperti Pandithan dan parti IPF jika mahu berdiri sendiri.

Hentikanlah drama yang mempermainkan kedua-dua belah parti politik. Kamu memalukan komuniti orang India dengan mengkritik Anwar dan Pakatan dan tetapi disebaliknya membantu Najib serta Umno. Jika anda berani, umumkan bahawa anda merupakan parti yang sudah membelot dan menyokong BN seperti Makkal Sakthi dan Thanenthiran. Jika tidak, matanglah dan cuba belajar untuk berunding seperti orang dewasa, ahli politik terhormat dan pemimpin yang ikhlas.

Adakah cabaran anda kepada Anwar adalah untuk berjumpa komuniti India di Padang Chetty dan memaksanya serta Pakatan untuk menerima agenda politik yang mementingkan diri sendiri sahaja?
Buat masa ini, dengan cara kamu dan penipuan politik itu, tiada siapa yang berani mempercayai kamu.

Apatah lagi untuk ke Putrajaya. Kamu mungkin fikir kamu merupakan hero kaum India dengan menghentam Pakatan , sebenarnya kamu hanya boleh memperbodohkan kaum India yang kurang berpelajaran. Bagi sebahagian besar rakyat, kamu berlagak seperti ular berkepala dua!
Malaysia Chronicle

Tiada ulasan: