Permohonan itu diisytihar "pramatang" atas tiga alasan yang diberikan Hakim Datuk Rohana Yusof.
Beliau juga berkata, jawatankuasa pilihan khas yang ditubuhkan pada 23 Mac untuk menyiasat standard keselamatan Lynas dan AELB sudah menggantung lesen operasi sementara.
Pada 17 Februari, penduduk berkenaan memfailkan permohonan dengan AELB yang menyelia pengeluaran, permohonan dan penggunaan tenaga atom dan bahan radioaktif, ketua pengarah kualiti alam sekitar dan Lynas sebagai responden.
Dalam permohonan itu, penduduk berkenaan memohon perintah certiorari bagi membatalkan keputusan AELB pada 30 Januari bagi mengeluarkan lesen sementara kepada Lynas Malaysia.
Mereka juga memohon perintah bagi melarang AELB daripada mengeluarkan lesen sementara atau tetap kepada Lynas kecuali atau sehingga syarikat itu mengemukakan laporan penilaian lengkap mengenai kesan loji itu terhadap alam sekitar kepada ketua pengarah kualiti alam sekitar dan sehingga laporan itu diluluskan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan