KEADILAN DAILY
KUALA LUMPUR : Rayuan Cif Inspektor Azilah Hadri dan Korporal Sirul Azhar Omar terhadap hukuman bunuh Altantuya Shaaribu perlu dipercepatkan segera sebelum pilihan raya umum ke-13.
Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata Azilah dan Sirul sewaktu kejadian adalah anggota pasukan keselamatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Dan Najib kini juga terpalit dengan skandal Scorpene-Altantuya, kata Surendran.
Justeru katanya, rakyat perlu tahu perkara sebenar di sebalik motif pembunuhan itu memandangkan Azilah dan Sirul kelihatannya tidak mempunyai motif dalam kejadian itu.
“Siapa yang mengarahkan pembunuhan? Demi kepentingan orang ramai, kes ini perlu dipercepatkan dengan segera sebelum pilihan raya umum ke-13. Rakyat perlu tahu sebelum mereka keluar mengundi,” kata Surendran.
Menurutnya lagi, rayuan itu yang tertangguh selama hampir tiga tahun juga merupakan satu ketidakadilan buat kedua-dua mereka.
“Penangguhan kes ini selama hampir tiga tahun adalah luar biasa dan ganjil. Rayuan hanya akan didengar pada 27 Ogos 2012. Penangguhan yang begitu lama dalam kes bunuh adalah kejam dan tidak adil,” katanya.
Sirul dan Azilah sebelum ini didakwa bersama dengan Abdul Razak Baginda, seorang penganalisa politik dan juga rakan karib Najib.
Abdul Razak Baginda dibebaskan daripada pertuduhan sementara Sirul dan Azilah dijatuhkan hukuman bunuh oleh Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Mohd Zaki Md Yasin, Mac lalu.
Namun dalam penghakiman kes itu, Hakim Zaki tidak menyentuh secara langsung mengenai motif dua anggota polis tersebut.
Razak Baginda bertindak sebagai orang tengah dalam pembelian kapal selam Scorpene dan syarikatnya menerima komisen yang lumayan daripada urusniaga itu.
Mangsa bunuh, Altantuyaa Shaaribuu bertindak sebagai jurubahasa dalam pembunuhan itu dan dalam perkembangan terbaru, mendiang disahkan bapanya pernah bertemu Najib dan Razak Baginda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan