Tempoh hari, Datuk Seri Najib ada membentangkan laporan GTP & ETP mengenai prestasi Malaysia di bawah kerajaan pimpinan beliau. Dan terdapat beberapa pengumuman yang berjaya menarik perhatian kami, termasuklahlah pengumuman Datuk Seri Najib yang menyentuh angka yang melibatkan pendapatan perkapita Malaysia ketika ini….
Sumber : Bernama
Angka KDNK RM852.7 Billion – Pendapatan PerKapita Malaysia USD9700
- pelaburan langsung asing telah meningkat sebanyak 12.3% kepada RM33 bilion
- pelaburan swasta pula telah menunjukkan peningkatan sebanyak 19% kepada RM94 bilion
- Sebanyak 313 ribu peluang pekerjaan baru dijangka dapat dicipta daripada keseluruhan RM179 bilion nilai pelaburan yang telah diumumkan di bawah ETP
- Sebanyak RM129 bilion pendapatan negara kasar pula dijangka dapat dijana menjelang Tahun 2020
Semasa ETP dilancarkan 2 tahun lalu, pendapatan perkapita negara adalah USD 6 700. Hari ini, ia telah meningkat kepada USD 9700. Manakala data 2011 menunjukkan pencapaian tertinggi KDNK atau GDP serta PNK atau GNI negara semenjak merdeka. Angka KDNK telah mencecah RM 852. 7 bilion manakala PNK pula RM830.7 bilion.
Pencapaian ini telah membolehkan kerajaan mengutip jumlah hasil tertinggi dalam sejarah pasca merdeka iaitu RM 185.54 bilion membolehkan pelbagai inisiatif dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat di samping langkah-langkah di ambil bagi membaiki kedudukan fiskal kerajaan. Terbukti apa yang telah dicapai dalam kerangka waktu ini, menunjukkan kita berada di trajektori yang betul untuk mencapai pendapatan perkapita USD 15 000 pada tahun 2020. (Sumber Penuh : 1Malaysia.com.my
Dahulu sekitar tahun 90an, Malaysia sebaris dan tergolong dalam kelompok negara “Harimau Asia“ yang terdiri Malaysia sendiri, Singapura, Korea Selatan, Taiwan. Sekarang?
Walaubagaimanapun, kami tetap optimis yang Malaysia mampu bangkit dengan cepat selepas ini kembali kepada kedudukan asal untuk bersaing semula dengan negara-negara yang setaraf dengan Malaysia suatu ketika dahulu. Insyaallah boleh. Tetapi bila akan tiba masanya? Itu yang menjadi persoalannya.
Di bawah ini, merupakan data yang dikeluarkan oleh Bank Dunia setakat pada tahun 2010 sahaja. Yang mana kami menyenaraikan Malaysia, Singapura, Arab Saudi dan juga Brunei untuk tujuan perbandingan secara jelas :
Sumber Data : Bank Dunia (World Bank)
Dan data terbaru berdasarkan laporan berita yang telah kami keluarkan sebelum ini bertajuk “Negara Terkaya Di Dunia. Negara Jiran Malaysia – Brunei, Singapura Tersenarai!!“, telah meletakkan negara jiran Malaysia Singapura dan Brunei di kedudukan ketiga dan kelima. Dan anda boleh semak angka terbaru pendapatan perkapita Singapura dan Brunei yang dikeluarkan oleh Forbes itu.
Mungkin ada yang mempertikaikan, Singapura dan Brunei boleh kaya sebab negara mereka kecil dan penduduk pun tidak ramai, jadi lebih mudah untuk menguruskannya. Kami yakin dan percaya pasti ada yang akan mengutarakan pendapat seperti ini. Yalah, masing-masing ada pendapat dan pandangan tersendiri.
Tetapi cuba kita jenguk jauh sedikit jaraknya daripada Malaysia iaitu negara Arab Saudi. Melihatkan kepada statistik penduduk Arab Saudi hanya kurang 1 juta sahaja berbanding jumlah penduduk di Malaysia yang dianggarkan sekitar sudah mencapai jumlah penduduk sekitar 28 juta ketika ini. Apa eksport utama kerajaan Arab Saudi? Dan berapa pendapatan perkapita Arab Saudi?
Mereka hanya bergantung sepenuhnya kepada minyak mentah semata untuk tujuan eksport
Sumber : Laman Web Statistik Kerajaan Arab Saudi
Sedangkan Malaysia yang memiliki penduduk yang seakan sama dengan Arab Saudi, tetapi Tuhan telah limpahkan kepada Malaysia sumber alam yang pelbagai. Antaranya ialah :
- Minyak mentah yang berkualiti tinggi
- Gas Asli (eksport ke-9 terbesar di dunia)
- Minyak Sawit ( Pengeluar No-1 dunia )
- Koko ( Malaysia mengeluarkan 1% daripada Koko seluruh dunia)
- Getah Asli
- Teh
- Balak
- lain-lain?
Jadi kami sangat yakin, jika negara Malaysia kita ini dapat diuruskan dengan lebih baik lagi berbanding sekarang ini Malaysia akan bergerak lebih cepat lagi. Apa respon & pandangan anda pula?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan