Ahmad Zulhelmi Md Suhaimi, 21, bekas pelajar Diploma Sains Kuantitatif UiTM kampus Lendu, Melaka dibelasah secara beramai-ramai 12 senior asrama.
GOMBAK: Seorang pelajar mangsa pukul bertindak memfailkan saman RM5 juta terhadap Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Ahmad Zulhelmi Md Suhaimi, 21, bekas pelajar Diploma Sains Kuantitatif UiTM kampus Lendu dalam tuntutannya menamakan Rektor UiTM Cawangan Melaka sebagai defendan ke-13, UiTM Melaka (defendan ke-14), KPT (ke-15), serta kerajaan Malaysia (ke-16).
Zulhelmi dibelasah secara beramai-ramai 12 senior asrama dalam insiden tiga jam pada Julai 2010 akibat salah faham, malah dipukul menggunakan batang besi.
Katanya, kumpulan senior itu yang diketuai Yang DiPertua (YDP) kolej memaksanya mengaku mencuri telefon bimbit dan menyamar sebagai mempunyai hubungan dengan ‘orang penting’ di UiTM.
Kesannya, beliau mengalami kecederaan fizikal dikepala, mulut, belakang badan selain kecederaan dalaman rusuk kiri.
Beliau juga terpaksa menjalani pembedahan kaki kiri serta beberapa rawatan susulan dan tidak mampu berjalan dengan baik.
‘Saya trauma’
“Saya trauma. Apabila terpandang UiTM, logo atau apa-apa berkaitan universiti itu saya jadi geram,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
12 senior itu juga turut dinamakan Zulhelmi sebagai defendan dalam samannya dan menuntut ganti rugi konspirasi dan niat jahat berjumlah RM10 juta kerana mencederakannya.
Akibat daripada insiden itu juga, Zulhelmi terpaksa berhenti belajar di UiTM dan bertukar pengajian di Institusi Baitulmal dalam jurusan Akauntan.
Katanya, beliau kecewa dengan pentadbiran UiTM Melaka yang tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap senior terbabit.
Berikutan itu, beliau dalam samannya menuntut ganti rugi cuai kerana gagal memastikan keselamatannya sebagai pelajar semasa kejadian.
Defendan ke-13 hingga 16 juga cuai memberikan kuasa sepenuhnya kepada pelajar senior terutamanya yang memegang kuasa YDP asrama bertindak sesuka hati tanpa pemantauan pihak universiti, tuntutan itu dipetik.
Saman itu difailkan melalui Tetuan Azmi Talib & Associates di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.
2 ulasan:
seBab dia ni mencuri.. 2 la kne blasah.. n kaki putar alam.. jgn sampai makan diri nanti :)
pilihanraya dh nk dkt pun masih berani merompak duit rakyat.pulangkn balik duit rakyat!keje tau nk kutuk unisel tp bila bila banding harga charge unisel utk student jauh lbh baik dr uitm.harga brg elektrik utk student baru rm 1 utk stiap barang kt unisel.kat uitm brape?sampai rm10 charge!clamp kt uitm cecah smpai rm60.kt unisel brape?baru rm 30.itu pun under company lain yg diambil bn masa bn perintah unisel dulu.konon nk tlg bumiputera, tp sy x rasa pun kerajaan tlg bumiputera?
Catat Ulasan