Wan Haifa Afriena Wan Halim, 7, dikatakan menjadikan Perdana Menteri
sebagai idolanya setelah melihat perwatakan pemimpin negara itu di
televisyen dan akhbar.
Ibunya, Akinaini Afizul Abdul Rahman, 32, berkata, setelah pihak
Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian mengesahkan Wan
Haifa perlu menjalani pembedahan, anaknya itu sering kali menyatakan
hasrat mahu bertemu Perdana Menteri.
“Minggu lalu, dia sangat teruja melihat gambar Najib di dalam buku
sekolahnya dan memotong keratan akhbar yang ada wajah Perdana Menteri
serta menampalnya di dalam satu buku khas,” katanya ketika hadir ke
pejabat Sinar Harian, di sini, semalam.
Kata Akinaini, anak ketiga daripada tujuh beradik itu disahkan
menghidap penyakit jantung berlubang sejak berusia empat tahun setelah
mengalami demam panas berpanjangan.
Menurutnya, setelah diperiksa di klinik kesihatan berdekatan, Wan Haifa
merupakan murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Bukit Marak, Bachok
kemudian dirujuk ke Hospital HUSM sebelum disahkan menghidap jantung
berlubang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan