Sabtu, 21 April 2012

Bank Swiss tutup mulut isu 'Amangate' Sabah


MALAYSIA KINI
UBS, bank Swiss yang menjadi perhatian dalam isu dakwaan penggubahan wang haram oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata, mereka tidak boleh mengulas perkara itu walaupun mempunyai komitmen membantu memerangi aktiviti itu.

NONE"UBS tidak akan mengulas khabar angin atau spekulasi dalam pasaran," Mark Pandy, jurucakap bank yang beroperasi daripada Hong Kong memberitahu Asia Sentinel.

"Bagaimanapun, dalam semua pasaran ia terlibat, dasar UBS ialah memberi kerjasama penuh kepada pengawal selia. Ia memberikan komitmen dalam membantu menentang penggubahan wang haram, termasuk amalan rasuah dan pembiayaan kepada pengganas."

Sarawak Report, NGO berpangkalan di Kuching dan London, dalam laporannya kepada umum pada Ahad mendakwa lebih AS$90 juta diluluskan secara tidak langsung pada 2007 oleh peguam Sabah daripada Musa kepada akaun peguam UBS Hong Kong sebelum dimajukan kepada akaun UBS Zurich atas nama ketua menteri.

24 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bank Swiss tidak memberi apa2 ulasan berhubung hal ini, jadi selagi ia belum dibuktikan jgnlah kita percaya.

Tanpa Nama berkata...

selagi belum ada bukti dia terlibat kita jgnlah nak percaya pada cerita2 seperti ini, ini semua adaa usaha pihak tertentu untuk menjatuhkan Musa Aman. pasti ada pihak cemburu dgn kejayaan Musa Aman.

Tanpa Nama berkata...

hanya laporan dari SPRM sahaja yang boleh dipercayai, bagaimanapun hingga kini belum ada sebarang ulasan dari SPRM.

Kris Jr berkata...

PRU semakin dekat, tidak hairan sekiranya ada pihak musuh yang cuba menjatuhkan beliau

Tanpa Nama berkata...

bank tersebut mengatakan bahawa tidak akan mengulas sebarang khabar angin dan spekulasi dalam pasaran..apa yang dilaporkan oleh sarawak report adalah khabar angin/ spekulasi semata-mata..

Tanpa Nama berkata...

lagipun sarawak report atau mana2 portal tidak mempunyai kuasa untuk meminta maklumat sulit operasi bank tersebut..apatah lagi untuk menyokong spekulasi yang sengaja ditimbulkan untuk menjatuhkan musa aman.

Tanpa Nama berkata...

selagi belum ada pengesahan dari pihak MACC atau ICAC maka ianya hanyalah khabar angin atau mainan politik pihak2 tertentu disebabkan tertekan dengan pru13 yang makin hampir.

thinaj berkata...

We can rely on the information sarawak report obtain?

thinaj berkata...

its against the bank policy if they provide information about their client.

thinaj berkata...

Best for us not to believe this crap. What are published here may not be true. Instead of speculating, wait for MACC to make a move.

Tanpa Nama berkata...

Ini hanya isu kitar semula. Bila tiba PRU muncul lagi isu ni walaupun sebelum ni terbukti Musa Aman tiada kena mengena dengan Michael Chia.

Tanpa Nama berkata...

Taktik yang sering digunakan oleh pihak pembangkang. Kita tunggu dan lihat sejauh mana kebenaran dakwaan ini.

Hosie Masie berkata...

Bayangkan saja Datuk Musa dapat menyelamatkan Yayasan Sabah daripada bankrupt. Maka kita lihat usaha yang dibuat dan perancangan yang terbaik beliau lakukan. Maka sebagai penduduk Sabah kita perlulah menilai sendiri perkara ini dan jangan memandang satu pihak saja.

Hosie Masie berkata...

Apa yang pasti kita perlulah menilai sendiri mengenai pelbagai isu yang dibangkitkan. Semua ini pasti ada sebab tersendiri yang dibuat oleh pembangkang. Datuk Musa Aman yang mana lebih memberikan yang terbaik kepada Sabah menyebabkan ada pihak yang tidak suka akan usaha dan kejayaan beliau.

Sanih Alias berkata...

Ini semua adalah Khabar angin. Sebab itulah kepada Bank Swiss tidak memberikan komen mengenai perkara ini. semua ini cuma permainan yang dirancang.

Unknown berkata...

Media tidak ada mengadili seseorang itu. Ini kerana semua itu terletak ditangan mahkamah untuk membuat keputusan. Media hanya tahu memberikan berita sama ada yang buruk, yang tidak benar dan tanpa ada bukti yang benar. I

Unknown berkata...

Sehingga sekarang Datuk Musa tetap berjuang walaupun pelbagai permainan fitnahdi buat. Kerana beliau tahu orang yang tidak bersalah akan terus mendapat jalan yang betul.

Hamdan Hadillah berkata...

Hanya keluar dari mulut Michael Chia rasanya itu bukannya bukti kukuh. Jadi tanpa ada bukti ICAC tidak dapat buat apa-apa. Maka ini menandakan yang mana Datuk Musa Aman tidak terlibat dan tidak bersalah dengan kes Michael Chia. Semua itu cuma permainan dari politik pihak lain yang ingin menjatuhkan Datuk Musa Aman.

Hamdan Hadillah berkata...

Antara pencegah rasuah didunia ICAC adalah pencegah rasuah yang sangat tegas, tidak ada belas kasihan dan teliti dengan kes sebegini. Maka kalau benar Datuk Musa terbabit dengan kes wang haram yang berjuta-juta itu sudah lama Datuk Musa dibawa ke mahkamah kerana bagi ICAC tidak ada yang terkecuali.

Bujang Senang berkata...

kes Michael Chia yang ditahan di Hongkong mengenai wang haram itu tidak ada kena mengena dengan Pemimpin Sabah yang lain. Ini kerana tidak ada bukti yang mengatakan pemimpin Sabah terlibat. Cuma Michael Chia saja yang cuba mengaitkan pemimpin Sabah dalam hal ini.

hafinA A berkata...

Maka kita tidak boleh percaya dengan cara sebegini. Setakat mana kebenarannya?? Mengenai rasuah pembalakan ini cuma mainan politik sebenarnya. Kalau benar ada biarkan SPRM melaksanakan tugas sebagai pihak bertanggungjawab.

Khabar angin ini sebenarnya direka-reka saja. Siapakah yang pandai-pandai mereka cerita sebegini.

hafinA A berkata...

Kita sedia maklum yang mana Datuk Musa adalah KM yang lama memegang jawatan KM Sabah. Jadi mungkin kerana usaha dan kejayaan beliau menyebabkan penduduk Sabah terus menyokong beliau.

Bukti kukuh pun tidak ada. Beginilah bila ada orang tidak senang dengan kejayaan yang dibuat oleh Datuk Musa. Ada pihak yang cuba untuk menjatuhkan beliau.

Mumbai berkata...

sedangkan UBS pun tidak mendedahkan maklumat sulit inikan pula ICAC yang tugasnya adalah memerangi gejala rasuah..

Mumbai berkata...

baik Sarawak Report pun tutup mulut dan serahkan saja tugas membanteras rasuah ini kepada badan yang dipertanggungjawabkan..