Khamis, 26 April 2012

Ambiga gesa tunda PRU13, 'sucikan' daftar pemilih

RUZY ADILA IDRIS & JAMILAH HAMZAH

ambidga kj
Ambiga
 
Ambiga gesa tunda PRU13, 'sucikan' daftar pemilih


KUALA LUMPUR - Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga menggesa agar Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ditangguh sehingga kesemua lapan tuntutan yang dikemukakan pertubuhan itu sebelum ini bagi menjamin pilihan raya yang bersih dan adil benar-benar menjadi kenyataan.

Katanya, kerajaan Malaysia patut meniru apa yang Bangladesh buat - menunda tarikh pilihan raya selama setahun bagi membersihkan senarai pemilihnya.

Beliau berkata demikian dalam satu debat bersama Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyentuh topik mengenai pembaharuan sistem pilihan raya di The Club dekat sini, malam ini.

"Saya nak tanya Khairy, bolehkah beliau memberi jaminan bahawa tuntutan ini dapat dilaksanakan sebelum PRU13?" kata Ambiga.

Ambiga tanya Khairy sama ada beliau boleh menjamin tuntutan itu dilaksanakan sebelum PRU13?

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, beliau akan cuba untuk mengaturkan satu pertemuan antara Bersih dengannya mengenai pembaharuan sistem pilihan raya.

“Sehingga sekarang, saya masih tidak nampak sebarang komitmen dari pihak berkenaan tentang tuntutan yang dikemukakan,” katanya.

Sementara itu, Khairy berkata, apa yang boleh janji adalah cuba mengaturkan pertemuan Bersih dengan semua ahli Parlimen dan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)  untuk menjawab semua persoalan yang timbul dalam pemikiran Ambiga.

“Tetapi saya harap anda faham, bukan semua ahli Parlimen boleh hadir, tetapi saya janji akan cuba mengaturkan pertemuan itu.

“Sebagai rakyat Malaysia, saya dengan rendah hati ingin mengajak anda untuk bersama saya untuk bertemu pihak SPR dan kita akan pastikan mereka menjawab satu per satu persoalan anda itu,” ujar Khairy lagi.

Ujar Ahli Parlimen Rembau itu lagi, apa yang beliau perhatikan isu sekarang ialah tuntutan pelaksanaan pilihan raya yang adil dan telus, tetapi Ambiga sendiri mengakui tidak mempercayai SPR.

Tambah Khairy, tindakan mengadakan perhimpunan bukanlah satu tindakan yang wajar, sebaliknya wajar menggunakan ruang yang ada untuk berbincang dalam mengatasi apa sahaja perkara atau masalah yang timbul.

Tiada ulasan: