MALAYSIA KINI
Lebih 100 penduduk Presint 8 berkumpul di Medan Selera Presint 8 hari ini untuk mengoyakkan naskhah akhbar Harakah yang diletakkan di rumah-rumah atau peti surat di kawasan apartmen penjawat awam di Putrajaya.Wakil penduduk Presint 8, Roslan Abu Hanif berkata tindakan itu dibuat sebagai tanda memprotes penyebaran akhbar yang merupakan lidah rasmi PAS, di kawasan itu sejak dua minggu lepas.
"Ia diletakkan pada waktu malam dan kami percaya ia dilakukan orang dari luar Putrajaya yang diupah pihak tertentu.
"Kami tidak perlukan akhbar ini kerana banyak berita tidak benar. Kami percaya mereka edar di perumahan penjawat awam untuk mempengaruhi penjawat awam. Saya harap penjawat awam tidak percaya dengan apa yang dilaporkan," katanya.
Roslan berkata kerajaan Barisan Nasional sudah memberi kemudahan yang terbaik kepada penduduk di Putrajaya dan tidak perlu mana-mana parti politik lain melebarkan pengaruh mereka di sini. Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan