Sabtu, 4 Februari 2012

Ugutan Jahat - Rumah Pemimpin PAS Terbakar.

alt

Shahril Shaid


PETALING JAYA - Rumah milik Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Dzulkifly Ahmad di Taman Universiti, Gelang Patah, Johor Baru dibakar awal pagi tadi,Sehubungan dengan itu Dewan Pemuda PAS Pusat mengecam tindakan pihak tidak bertanggungjawab tersebut.

Ketua Penerangannya,Riduan Mohd Noor berkata pihaknya menyifatkan tindakan tersebut dilakukan oleh individu tidak bermaruah kerana hanya mampu 'menyerang hendap' pemimpin PAS Johor itu dan tidak berani bersemuka dengannya.

"Kejadian itu dilihat sebagai cubaan sabotaj dengan niat untuk mencederakan atau membunuh pemimpin PAS itu," katanya menerusi satu kenyataan media, disini hari ini.

Riduan juga turut menambah, perbuatan itu dilakukan seolah-olah sebagai memberi mesej dan amaran kepada pemimpin PAS supaya tidak sesekali berani bangkit membantah kezaliman.

Beliau meminta supaya pihak polis menyiasat kejadian tersebut secara terperinci dan berharap insiden itu tidak berulang kembali pada masa akan datang.Dalam kejadian kira-kira pukul 3.40 pagi tadi, sebuah kereta BMW milik Dzulkefly hangus terbakar dalam satu kejadian yang dipercayai akibat perbuatan khianat.

Kejadian itu turut mengakibatkan tingkat bawah rumahnya terbakar.

Tiada ulasan: