Isnin, 6 Februari 2012

Skim pinjaman rumah EPF sembunyi hutang kerajaan



Naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar. — Gambar fail
KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat (PR) hari ini menuduh Putrajaya menggunakan dana daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menyembunyikan kadar hutang mereka dengan menawarkan skim perumahan yang kononnya "mulia" untuk golongan berpendapatan rendah.

Setiausaha publisiti DAP, Tony Pua dan naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar (gambar) dalam kenyataan bersama mereka memberi amaran skim berkenaan akan menjadi punca Malaysia mengalami "krisis kewangan."

"Kementerian Kewangan (MoF) dan Kementerian Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Bandar seharusnya menjelaskan mengapa mereka memilih dana persaraan rakyat dan sebab sebenar kerajaan tidak membiayai sendiri skim perumahan untuk golongan berpendapatan rendah.

MoF seharusnya menyelesaikan masalah kewangan mereka dahulu bukannya meletakkan beban kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada pekerja Malaysia," jelas mereka.

Pua dan Izzah, yang masing-masing merupakan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dan Lembah Pantai, menjelaskan, di bawah keadaan yang biasa diamalkan, setiap program kebajikan membantu golongan miskin akan dibiayai kerajaan menggunakan hasil kutipan cukai.

Tambah mereka, kerajaan seharusnya menaikkan kadar bond bagi membiayai defisit.

Oleh itu, kedua-dua mereka menegaskan Putrajaya boleh memberikan KWSP bond berkenaan dan membantu golongan susah bagi pembiayaan perumahan.

"Agak pelik Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin mengumumkan bahawa dana KWSP akan digunakan sebanyak RM1.5 billion sebagai pinjaman terus kepada mereka yang tidak layak membuat pinjaman bank bagi pembelian rumah.

“Fakta bahawa kerajaan mungkin boleh dengan mudah memintasi keseluruhan kontroversi itu ... membangkitkan syak wasangka yang berlakunya sesuatu kesalahan,” kata Pua and Nurul Izzah.

Penjelasan sebenar menurut mereka, adakah MoF cuba menyembunyikan hutang mereka dengan meminta KWSP memberikan pinjaman terus berjumlah RM1.5 billion kepada peminjam dan memberi jaminan kerajaan terhadap pinjaman tersebut.

"Dengan cara ini, RM1.5 billion itu tidak memberi kesan kepada peningkatan hutang kerajaan persekutuan," tambah mereka.

Kadar hutang negara mencecah RM456 billion pada penghujung 2011, jelas mereka, yang mana menyaksikan 88.4 peratus peningkatan daripada RM242 billion pada 2006.

"Berbillion ringgit projek infrastruktur telah diluluskan kerajaan seperti projek Lembah Klang MRT dan Lebuhraya Pantai Barat yang akan menyaksikan peningkatan kadar hutang untuk tahun-tahun berikutnya," kata mereka lagi.

"Malangnya, mereka cuba memberi gambaran kepada rakyat bahawa kerajaan adalah "pejuang bagi golongan miskin", kerajaan sekarang sedang menggunakan dana KWSP bagi menyembunyikan hutang mereka," kata Pua dan Nurul Izzah.

Tiada ulasan: