Aidila RazakProgram jelajah seluruh negara bagi menuntut kebebasan akademik tidak akan dibatalkan meskipun mereka ceramah mereka di di Kampung Idaman, Klang, malam Sabtu lalu diganggu sekumpulan remaja yang bertindak ganas.
"Kami juga telah menghubungi penduduk tempatan bagi mendapatkan sokongan mereka. Pada acara di Klang hujung minggu lalu, penduduk tempatan yang membantu kami ketika keadaan tegang,” katanya.
Menurut Ahmad Syukri, pihak polis juga telah dimaklumkan dan mereka sedang menunggu bagi mendapatkan permit bagi acara di Batu Pahat itu yang akan diadakan di dewan komuniti.
Pada kejadian 12 Februari lalu, 14 aktivis pelajar telah dikepung oleh sekumpulan samseng di Kampung Idaman sehingga memaksa mereka berlindung di sebuah gerai makanan berhampiran.
"Satu kumpulan remaja di Kelantan juga telah menjemput kami untuk berceramah esok, dan kami meminta mereka membuat persiapan sewajarnya dan memaklumkan kepada kami tentang rancangan mereka," katanya.
Ahmad Syukri juga berkata bahawa mereka belum mendapat maklum balas dari polis berhubung kejadian Klang itu.
Walaupun diiringi polis ke Ibu Pejabat Polis Daerah Klang untuk membuat laporan, kumpulan samseng bermotosikal itu membaling batu dan memukul kereta pelajar berkenaan dengan kayu sehingga salah sebuah kereta remuk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan