Jumaat, 24 Februari 2012

Penyenaraian Felda: PKR cabar Isa Samad debat

PKR mencabar pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan untuk berdebat berhubung isu penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH).

NONEMengeluarkan cabaran itu di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya semalam, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata ia selari dengan tren terbaru politik Malaysia.

Katanya, beliau berharap kedua-dua pemimpin Umno itu menyertai debat yang akan dianjurkan PKR berhubung perkara itu.

Rafizi berkata, hanya melalui debat terbuka di hadapan kakitangan dan peneroka Felda sahaja penyelesaian terbaik dalam isu penyenaraian di Bursa Malaysia itu.

Tiada ulasan: