Isnin, 6 Februari 2012

Pemimpin Politik Perlu Duduk Semeja Bincang Masalah Umat Islam

Post Pic

ANTARA POS.COM


KUANTAN : Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad hari ini meminta supaya pemimpin politik di negara ini duduk semeja bagi membincangkan mengenai masalah umat Islam dan perpaduan ummah di negara ini.

Baginda bertitah, walaupun berbeza fahaman politik setiap pemimpin perlu berbincang dan bermuafakat mengenai perpecahan umat Islam yang dilihat semakin meruncing sejak akhir-akhir ini.

"Perpecahan di kalangan umat Islam menunjukkan satu situasi yang tidak sihat di dalam masyarakat," lapor Bernama.

"Jika ia dilaksanakan (perbincangan) ia akan menyejukkan hati umat Islam yang lain dan beta adalah orang yang paling bersyukur jika perkara itu menjadi kenyataan," titah baginda pada majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Pahang di sini hari ini.

Turut berangkat, Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar dan hadir sama, Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.

Tiada ulasan: