Malaysia VS Israel : Kalau semak semula laporan media cetak dan media arus perdana pasti akan ada “slot Israel” di mana memuatkan kenyataan Anwar Ibrahim di WSJ (Wall Street Jurnal) baru-baru ini. Dan, tidak kurang juga dengan minggu ini, ada laporan mengenai Israel. Kali ini ada laporan mendakwa kapal-kapal dari Israel dikesan berlabuh di pelabuhan Klang.
Kalau tanya kami dengan kenyataan Anwar Ibrahim itu di Wall Street Jurnal yang mengatakan akan menerima & mengiktiraf Israel dengan pra-syarat, Israel mesti berdamai dan memberikan laluan kepada Palestin yang selama ini menindas hak rakyat Palestin. Israel yang nak berdamai? Urhmm….genjatan senjata dah dimetarai pun Israel tak ambil pusing malah terus mengebom Semenanjung Gaza. Berapa banyak kali dah ruang, peluang dan harapan diberikan atas nama pendamaian Palestin dan Israel? Berapa banyak dah kuasa veto yang digunakan melalui US bagi menyelamatkan “hayat bosnya” Israel? Adakah Israel benar-benar sudah bersedia untuk berdamai?
Kalangan negara-negara Islam sendiri pun masih lagi “haru-biru”. Sepatutnya kesatuan negara-negara Islam ini yang harus diberikan tumpuan untuk dipereratkan, bukannya megah hanya atas nama sahaja. Bertambah malang lagi jika ada mana-mana negara Islam yang menyumbang samada secara langsung atau tidak langsung kepada negara haram Israel….
Malaysia VS Israel : Malaysia Tiada Hubungan Diplomatik Antara Malaysia Dengan Israel
Berbalik kepada dakwaan terbaru mengatakan Malaysia ada hubungan dengan Israel baru-baru ini, kami tertarik dengan kenyataan menteri ini…
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir mengulangi kenyataan bahawa kerajaan tidak melarang perdagangan antara syarikat swasta negara ini dengan ahli-ahli perniagaan Israel.
Justeru, katanya, kapal-kapal yang dimiliki oleh Israel juga dibenarkan berlabuh di pelabuhan di Malaysia untuk tujuan perdagangan tetapi dengan syarat bahawa anak kapal yang memegang pasport Israel dilarang daripada mendarat.
Mukhriz berkata, pembangkang telah cuba memanipulasikan isu berkenaan bagi mewujudkan salah faham hakikat bahawa Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.
“Tiada hubungan diplomatik bermakna tiada interaksi antara kedua-dua kerajaan. Perdagangan yang wujud adalah urusan pihak swasta dari kedua-dua negara dan kerajaan Malaysia tidak menghalangnya,” katanya melalui sistem pesanan ringkas kepada Sinar Harian, semalam.
Kenyataan wakil Barisan Nasional (BN) yang selalu menyebut tiada hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Israel sengaja diputarbelitkan oleh Pakatan Rakyat,” tambahnya. (sumber : Malaysiakini)
Betulkah Malaysia tidah hubungan diplomastik langsung Israel. Tetapi persoalannya sekarang ini :
- Bagaimana dengan surat yang dihantar oleh Menteri Perdagangan & Industri bagi negara haram Israel ini kepada kerajaan Malaysia ini seperti yang pernah kami kongsikan sebelum ini.
- Apatah lagi kerjasama erat Malaysia daripada segi hubungan perdagangan dengan Israel dilihat cukup mantap sehingga Malaysia berjaya menempatkan di tangga ke 15 bagi rakan dagangan bersama Israel
Dan kalau ditonton semula laporan berita TV9 pada tahun lepas ada menunjukkan bantahan dek kerana ketibaan kapal Israel berlabuh di pelabuhan Klang…
Berdasarkan dakwaan sebelum ini, kapal dagang milik syarikat yang ada kaitan dengan Israel iaitu ZIM Atlantic dan Zim USA telah berjaya dikesan berlabuh pada 16 Februari 2012 yang lalu di Port Klang. Semakan di laman web Zim Integrated Shipping itu sendiri menunjukkan hasil keputusan seperti di bawah ini :
Adakah Kapal ZIM berlabuh di pelabuhan Klang perkara baru? Tidak sama sekali. Kami pernah kongsikan laporan berita ini : Israel Keluar Dari Port Klang & Malaysia !!
Tidak cukup lagi? Menteri mengatakan Malaysia VS Israel tiada hubungan diplomatik? Tetapi mengapa semakan kami di laman web Zim itu sendiri menunjukkan Israel Corporation merupakan pemegang saham terbesar bagi syarikat Zim Integrated Shipping Limited iaitu sebanyak 98%. Ok, itu yang pertama.
Yang keduanya semakan kami di laman web Israel Corporation menunjukkan Israel Corporation syarikat holding yang terbesar di Israell dan merupakan salah satu daripada 10 syarikat teratas yang tersenarai di dalam Tel Aviv Stock Exchange (Bursa Saham Tel Aviv)
Kami berharap menteri dan kerajaan Malaysia menjawab isu ini dengan sebaiknya. Rakyat Malaysia menantikan jawapannya….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan