Sabtu, 4 Februari 2012

KITA Kedah mahu kerjasama dengan Hasan Ali

Daripada membubarkan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), pengerusi parti itu di Kedah, Zamil Ibrahim berkata adalah lebih baik bagi mereka bekerjasama dengan pergerakan “kuasa ketiga” yang diterajui Datuk Hasan Ali yang dipecat dari PAS, baru-baru ini.

NONEKatanya, pilihan bersatu dengan NGO baru, JATI yang ditubuhkan bekas pesuruhjaya PAS Selangor itu, lebih logik daripada menyokong Pakatan Rakyat.

"Kita perlu berdialog dengan Hasan, kuasa ketiga yang baru, dan bukannya membubarkan parti itu.

"Ia adalah pendirian non-partisan yang telah menarik ramai ahli dan beberapa kenyataan saya yang mesra BN tidak bermakna saya sokong BN. Sebaliknya, saya puji mereka kerana membuat keputusan yang baik," kata Zamil.

Bercakap pada sidang akhbar di Putrjaya sebagai mengulas pengumuman presiden KITA Datuk Zaid Ibrahim yang parti pimpinannya itu akan didibubarkan, Zamil yang berang berkata KITA sedang berkembang dan boleh berdiri kukuh tanpa kehadiran Zaid.

NONE"Dari segi dana, sokongan Zaid adalah minimum ... dia hanya beri kami 10 peratus daripada kos pejabat negeri semasa perasmian," katanya.

Zamil yang pada sidang akhbar ini yang disertai oleh pengerusi KITA Selangor Azmi Othman dan Ketua KITA Johor Mohd Zaid Mohd Yusof berkata beliau mengesyaki ketuanya itu mempunyai "kepentingan peribadi" dalam cubaan membubarkan KITA.

"Adakah beliau cuba untuk merapatkan diri semula dengan (Ketua Umum PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim? Saya tidak pasti, tetapi jika ya, beliau hanya perlu letakkan jawatan sebagai kPresiden KITA," katanya.

zaid ibrahim quits pkr 191110 03Menurut Zamil, tindakan Zaid sejak kebelakangan ini menunjukkan bahawa pelantikan beliau sebagai presiden KITA adalah satu "kesilapan".

"Saya tidak fikir pemimpin Akim menyedari perkara ini apabila mereka membiarkan beliau mengambil alih parti itu tahun lalu," katanya lagi.

Tiada ulasan: