KUALA LUMPUR - Syarikat akhbar, Utusan Melayu (M) Bhd. (Utusan Melayu) dikehendaki memfailkan pernyataan pembelaan mereka dalam kes saman fitnah RM50 juta oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto) berhubung penyiaran artikel bertajuk “Tolak Anwar - Hassan”.
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Vazeer Alam Mydin Meera sehubungan itu menetapkan 28 Februari ini untuk pengurusan kes saman tersebut.
Pada 20 Januari lalu, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mendakwa, akhbar Utusan Malaysia bertarikh 17 Januari lalu pada muka hadapannya telah dengan salah dan berniat jahat mencetak serta menerbitkan perkataan fitnah terhadapnya.
Selain Utusan Melayu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menamakan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak masing-masing sebagai defendan pertama dan kedua.
Menurut Anwar selaku plaintif, akhbar Utusan Malaysia pada tarikh yang sama pada muka surat 10, di bawah tajuk “Parasit ancam PAS, Anwar mesti ditolak”, pihak defendan telah dengan salah dan berniat jahat mencetak serta terbitkan perkataan fitnah terhadap mantan Timbalan Perdana Menteri itu.
[Utusan Malaysia perlu belajar dari kesilapan dan tidak terus menerus rela dijadikan alat parti pemerintah yang rakus ingin terus berkuasa. Mutakhir ini akhbar tersebut dilihat begitu berselera membuat propaganda yang bertujuan untuk memesongkan minda rakyat supaya mereka menyokong UMNO Barisan Nasional.Mungkin selepas ini lebih banyak lagi tindakan saman akan dihadapi oleh mereka gara-gara keceluparan memaparkan berita yang jelas tidak beretika itu. Semoga dengan tindakan saman ini akan memberi pengajaran berguna kepada akhbar terbabit agar lebih berhati-hati dalam membuat penerbitan berita mereka selepas ini. Tindakan saman harus dilakukan demi mengajar mereka itu hendaknya!].
Tiada ulasan:
Catat Ulasan