SHAH ALAM . - Dakwaan isu kecurian Pasir yang didakwa melibatkan 2 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor mendapat perhatian dari pihak beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Negeri tersebut.
Sekretariat Orang Muda Selangor (SERANG) telah menghantar satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) mendesak satu siasatan serius dibuat menerusi dakwaan yang dipaparkan blog Malaysia Today milik Raja Petra berkenaan isu tersebut.
Laporan tersebut merujuk artikel blog tersebut menamakan Johan Tahirin iaitu abang ipar kepada ADUN Bukit Antarabangsa Azmin Ali yang didakwa telah menemui pihak pemaju dengan tdengan tujuan mendapatkan wang bagi memudahkan kelulusan dari Kerajaan Negeri.
SERANG juga mendesak siasatan dijalankan terhadap 2 ADUN yang terlibat iaitu ADUN Sri Muda Mat Suhaimi Shafiei dan ADUN Batu Caves Amiruddin Shari.
Ianya berdasarkan permohonan Syarikat Double Dignity mendapatkan kelulusan untuk mendapatkan pasir dan permohonan tersebut di sokong oleh Amirudin sendiri yg merupakan Pengarah Double Dignity.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan