Rabu, 15 Februari 2012

DAP mahu Najib arah NFC bayar pinjaman


MALAYSIA KINI

DAP hari ini menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengulas kenyataan seorang menteri kabinetnya bahawa keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil perlu membayar balik pinjaman mudah RM250 juta yang diberikan kerajaan kepada syarikat projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) milik mereka itu.

NONESetiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata jawapan Perdana Menteri adalah penting kerana sebagai menteri yang bertanggungjawan ke atas hal ehwal undang-undang Datuk Seri Nazri Abdul Aziz telah mengaitkan hubungan langsung antara Shahrizat dan skandal NFC.

“Ini adalah pengakuan kali pertama oleh seorang menteri kabinet bahawa Shahrizat bukan sahaja terlibat kepada skandal lembu dan kondo tetapi juga (mengakui) bahawa kesalahan telah berlaku,” kata Lim yang juga mempersoalkan mengapa wang berkenaan harus dikembalikan jika tidak berlaku sebarang penyelewengan.

Beliau merujuk kepada laporan Sinar Harian, semalam yang memetik Mohd Nazri meminta keluarga Shahrizat membayar balik pinjaman yang diberikan kerajaan itu.

Harus letak jawatan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dilaporkan berkata dengan berbuat demikian, maka Shahrizat yang juga Ketua Wanita Umno boleh mengekalkan jawatannya sebagai Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat.

NONENamun, menurut Lim, pengembalian wang itu tidak memadai kerana tindakan juga harus diambil ke atas mereka yang bertanggungjawab, selain Shahrizat juga harus meletak jawatan.

“Ini bukan sahaja tidak boleh diterima tetapi merupakan penghinaan kepada standard kebiasaan kewangan, amanah dan kebertanggungjawaban. Rakyat Malaysia menuntut supaya tindakan diambil serta merta.

“Kegagalan untuk bertindak menunjukkan kegagalan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) membasmi rasuah di bawah Program Transformasi Kerajaan,” katanya.

Tiada ulasan: