Ahad, 12 Februari 2012

Ceramah "Perkasa" Bersama Ibrahim Ali, Ruslan Kassim Dan Prof. Madya Asraf Wajdi Di Kuantan!

PAHANG DAILY


KUANTAN
- Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) Negeri Pahang akan mengadakan satu ceramah umum yang berkisarkan bertajuk "Ketuanan Melayu Di Cabar, Agama Islam Di Hina, Raja-Raja Melayu Di Permainkan Dan Murtad Berleluasa" di Kompleks Dagangan Mahkota, Bandar Indera Mahkota dekat sini, jam 8.30 malam ini (Ahad).

Penderamah undangan yang bakal menyampaikan hujjah mereka ialah Dato' Paduka Ibrahim Ali (Presiden Perkasa), Saudara Ruslan Kassim (Ketua Penerangan Perkasa) dan Prof. Madya Asraf Wajdi Dusuki (Naib Presiden Perkasa).

Rasanya inilah kali pertama tiga pemimpin hebat Perkasa akan turun dalam satu program di Kuantan. Harus dingat, mereka ini bukan calang-calang orang kerana masing-masing mempunyai pengaruhnya yang tersendiri. Dato' Paduka Ibrahim Ali misalnya, merupakan wakil rakyat bebas walau pun bertanding atas tiket PAS di Parlimen Pasir Mas pada Pilihanraya Umum ke-12 dulu.

Beliau terkenal dengan kelantangannya dalam menggasak isu-isu panas yang berlaku dalam negara kita. Beliau berani bersuara dan tidak takut dengan sesiapa. Keterampilan beliau itulah menyebabkan langkah beliau menubuhkan Perkasa telah disokong oleh ramai pengikutnya.

Sementara itu, Prof. Madya Asraf Wajdi Dusuki pula adalah seorang tokoh muda yang pernah bertanding atas tiket UMNO BN dalam pilihanraya sebelum ini. Beliau pernah bertugas sebagai Pensyarah Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan kini merupakan Ketua Penyelidik, Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA). Manakala itu, Ruslan Kassim pula adalah bekas orang kuat Keadilan yang telah sertai UMNO.



Temui Prof (M) Ashraf Wajdi, Ruslan Kassim dan Ibrahim Ali malam ini


[Maka,
gabungan tiga pemimpin hebat ini dijangka dapat menarik perhatian orang ramai untuk hadir. Justeru, kepada anda yang berkesempatan bolehlah hadir pada malam itu nanti. Buka mata dan minda untuk mendengar dan memikirkannya. Cuma, apa yang diharapkan agar tiada kejadian yang tidak diingini seandainya ada muka-muka kontroversi hadir dalam program ini nanti.

Kita tidak mahu peristiwa beberapa orang penyokong UMNO BN yang menghalau ahli parti lain semasa mereka mahu hadir mendengar ceramah Datuk Dr.Hasan Ali di Dewan Tun Razak Temerloh baru-baru ini berulang kali ini.

Walau pun Perkasa di lihat sebuah NGO, namun orang ramai lebih sinonim NGO itu dibayangi oleh UMNO. Samalah apa yang berlaku di Temerloh itu. program anjuran NGO Pahangku, tapi kerana dibayangi oleh UMNO maka ada yang tergamak menghalang orang ramai untuk masuk mendengar.

Oleh itu, kami amatlah berharap pihak-pihak yang berkenaan bersikap lebih terbuka pada kali ini].

Tiada ulasan: