Sabtu, 18 Februari 2012
Ceramah Anwar berjalan lancar di Felda Pahang
Hazlan Zakaria
Semuanya berjalan lancar semalam, sewaktu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelajah penempatan Felda di Pahang - negeri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Berbeza dengan apa yang berlaku ketika Anwar ke penempatan skim pembangunan tanah persekutuan di Machap, Melaka, peneroka Felda Bukit Damar di Lancang, Pahang menyambut ketibaan beliau dengan tangan terbuka.
Lebih 300 orang, termasuk beberapa penduduk kampung Orang
Asli, menyambut ketibaan Anwar dan memberi tepukan gemuruh ketika ucapannya.
Bendera dan sepanduk PAS, PKR dan DAP menghiasi jalan-jalan utama dan di tempat ceramah di sebuah rumah penyokong parti tersebut.
Anwar menghabiskan kira-kira sejam beramah mesra dengan peneroka, tanpa sebarang masalah.
Dua kenderaan polis - sebuah kereta peronda dengan dua anggota beruniform dan kenderaan polis trafik dengan empat anggota, kelihatan meronda dan memantau di situ.
Anwar mengambil kesempatan itu untuk menangani beberapa isu berbangkit kepada orang ramai yang kebanyakannya Melayu.
Beliau mempertahankan kenyataannya mengenai Israel, dengan menuduh Umno memutarbelitkan kenyataannya dalam temubualnya dengan Asian Wall Street Journal.
"Utusan Malaysia ... Mereka tak belajar bahasa Inggeris dengan betul, mereka tak faham apa yang saya katakan (semasa temubual itu)," katanya berjenaka.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan