Ahad, 12 Februari 2012

BBC minta maaf siar program berbayar tentang M'sia

MALAYSIA KINI

BBC akan menyiarkan permohonan maaf ke seluruh dunia hari ini kerana telah mengkompromi integriti editorialnya melalui program-program yang terlibat dalam "skandal penetapan berita" baru-baru, demikian menurut laporan berita.

Hari ini akhbar Independent di UK melaporkan bahawa BBC World News akan menyiarkan permohonan maaf "dari Kuala Lumpur ke Khartoum" dalam empat slot masa.

Skandal itu melibatkan FBC Media (UK) yang telah didedahkan pada tahun lepas kerana telah menghasilkan program-program bagi pihak pelanggan berbayar, untuk membersihkan imej awam mereka.

"Syarikat itu telah menghasil lapan program untuk BBC mengenai Malaysia tetapi gagal mengisytiharkan bahawa ia telah dibayar £17m oleh kerajaan Malaysia untuk 'komunikasi strategik global'. Program-program tersebut termasuk liputan positif terhadap kontroversi industri minyak sawit Malaysia," lapor Independent.

Menurut laporan itu, siasatan terhadap skandal itu telah "membongkar 15 pelanggaran garispanduan editorial" yang mana lapan daripadanya adalah berkaitan dengan program FBC di Malaysia.

Permohonan maaf itu, menurut laporan itu lagi, akan berbunyi:

"Dalam kes lapan program lain, yang semua memaparkan tentang Malaysia, kami mendapati bahawa syarikat produksi tersebut yang menghasil program berkenaan, nampaknya mempunyai hubungan kewangan dengan kerajaan Malaysia.

"Ini bermakna terdapat potensi konflik kepentingan, walaupun BBC tidak menyedarinya apabila program disiarkan."

Tiada ulasan: