MALAYSIA KINI
Hadirin acara bertemakan 'Nyalakan Tanglung, Selamatkan Jalan Sultan' dipersembahkan dengan persembahan kaligrafi Cina, paluan gendang Cina dan Melayu, persembahan koir dan nyalaan lilin tanda kebersamaan dengan penduduk sekitar.
Turut hadir dalam program menjelang Chap Goh Mei itu penyanyi antarabangsa Yu Heng (kanan) yang memulakan kariernya di Halo Rock Music Cafe di sekitar jalan itu.
"Jika kamu tidak peduli untuk hadir atau sertai acara sebegini, bagi saya kamu tidak menggunakan hak sebagai rakyat," katanya.
Sementara itu, penulis lirik Al Kuan pula berkata, acara sebegitu diharapkan turut menggerakkan seniman lain menyumbang dalam pelbagai isu melibatkan masyarakat.
Pada Disember lalu, lebih 20 sepanduk dan kain rentang mendakwa projek berkenaan sebagai percubaan untuk memusnahkan zon warisan di kawasan itu dinaikkan.
Sebahagian besar kain rentang ini membidas hasrat kerajaan untuk merobohkan beberapa bangunan yang terletak dalam laluan projek itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan