Rabu, 15 Jun 2011

Wang kutu harus jika tiada penyelewengan

Afiq Hizami pelatih UKM


KUALA LUMPUR: Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar) berkata, wang kutu adalah harus jika tiada penyelewengan.

Ahli Parlimen Parit Buntar itu menyatakan demikian sewaktu membahas pindaan Rang Undang-undang Larangan Kumpulan Wang Kutu 2011 di Dewan Rakyat, semalam.

Katanya, isu wang kutu tersebut bukan soal ibadat tetapi soal yang melibatkan muamalat harian manusia serta keperluan sebagainya dan selagi tidak ada unsur penyelewengan, maka ia adalah harus.

Justeru, jelasnya keadaan itu perlu dilihat dari dua bentuk iaitu akta yang diperuntukkan dari sudut agama Islam dalam perkara yang menyebabkan ia dianggap haram.

"Kerana dalam keadaan selain daripada ibadat menyatakan bahawa perkara asal itu seharusnya dalam perkara itu semuanya adalah harus kecuali ianya diharamkan oleh Allah.

"Dalam kes skim kutu ini, kita melihat golongan-golongan seperti surirumah, pelajar sekolah, guru dan orang kampung terlibat dalam permainan kutu ini.

"Ini perlu kita lihat dalam sudut lain yang mana mungkin ada masalah kelompangan atau bebanan yang ditanggung oleh mereka yang terlibat dalam hal ini cuba mencari jalan keluar dengan cara tersebut," jelas beliau ketika membahaskan usul yang dibawa oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

"Ianya adalah sesuatu yang tidak dilarang dalam agama tetapi kita bebankan rakyat dengan pelaksanaan ini," katanya mengakhiri ucapan.

Tiada ulasan: