Rabu, 22 Jun 2011

Video seks: Datuk T didakwa Jumaat


KUALA LUMPUR — Tiga individu yang menggelarkan diri mereka sebagai “Datuk T” — yang telah menggemparkan negara apabila menayangkan rakaman video seks yang didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim akan didakwa di Kompleks Mahkamah Tinggi, Jalan Duta Jumaat ini.

“Datuk T”, terdiri daripada ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim bertindak mempertontokan rakaman video seks itu kepada wakil media terpilih di hotel Carcosa Seri Negara, 21 Mac lalu

“Datuk T akan didakwa di Mahkamah Jalan Duta pada pukul 8 pagi, 24 Jun 2011, harap maklum,” kata Shazryl (gambar) dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada The Malaysian Insider.

Ditanya sama ada perkara itu benar, Shazryl mengesahkan perkara itu.

“Confirm (sah),” jawannya ringkas.

Ketiga-tiga “Datuk T” ini kemungkinan akan didakwa dibawah Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah,

Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat telah menafikan bahawa beliau adalah si pelaku dalam rakaman video seks itu selain telah membuat laporan polis.

Selain itu, Shazryl juga telah melakukan sumpah laknat bagi membuktikan dakwaan yang dibuat itu adalah benar dan Anwar adalah pelaku dalam rakaman video sesk itu.

Polis juga telah mengesahkan rakaman video seks itu adalah tulen dan sahih.

Tindakan “Datuk T” yang bertindak menayangkan rakaman video seks itu kepada umum mendapat bantahan dan kecaman dari banyak pihak terutamanya pemimpin Pakatan Rakyat.

Rakaman video seks itu juga telah disebarkan secara meluas di Internet.

Tiada ulasan: