Isnin, 20 Disember 2010

Ucapan Setiausaha Agung DAP Pada Konvensyen Pakatan Rakyat Kebangsaan Kedua

Oleh Suara Keadilan

lge_prUcapan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada Konvensyen Pakatan Rakyat Kebangsaan Kedua Di Dewan Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang, Ahad 19 Disember 2010.

Kerajaan Berjiwa Rakyat Untuk Rakyat Malaysia Sebenar
(A People’s Government For The Real Malaysians)

Tepat setahun dulu dalam Konvensyen Kebangsaan Pakatan Rakyat pertama yang penuh bersejarah pada 19 Disember 2009 di Shah Alam, suatu muafakat baru muncul di Malaysia dengan pelancaran Dasar Bersama Pakatan Rakyat.

Hari ini dalam Konvensyen Kebangsaan Pakatan Rakyat kedua di Pulau Pinang, suatu harapan baru telah lahir di kalangan rakyat Malaysia dengan pelancaran Program 100 hari PR.

Saya pasti dalam Konvensyen Kebangsaan Pakatan Rakyat ketiga tahun depan, suatu kerajaan baru berjiwa rakyat akan terbit di Malaysia yang martabatkan rakyat dan mendokong ketuanan rakyat.

Mengimbas kembali kepada dokumen Dasar Bersama PR yang merangkumi prinsip-prinsip asas perjuangan gabungan PKR, PAS dan DAP, ia mengandungi empat tajuk utama iaitu
1. Demokrasi Telus dan Tulen
2. Memacu ekonomi berprestasi tinggi, mampan dan adil
3. Keadilan sosial dan pembangunan insan
4. Hubungan persekutuan-negeri dan dasar luar Negara.

Sekiranya Dasar Bersama PR boleh membawa perubahan kepada rakyat Malaysia, maka Program 100 hari secara terperinci menggariskan secara menyeluruh langkah-langkah spesifik secara permulaan untuk menjalankan urustadbir baik demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

Program 100 hari ini benar-benar harapan rakyat Malaysia yang dapat melihatkan reformasi kompreshensif yang kian mantap dan mendalam diusahakan dalam kerajaan negeri PR. Bagi pihak PR Pulau Pinang, kesediaan menerima pakai dua inisiatif kami amatlah dihargai, iaitu program liputan wifi percuma yang akan siap akhir tahun depan dan RM100 setahun kepada warga emas melebihi 60 tahun akan diberikan RM1,000 setahun di peringkat pusat.

Akan tetapi Program 100 hari bukan untuk semua orang. Bukan untuk orang yang menentang konsep kerajaan berjiwa rakyat, martabatkan rakyat dan ketuanan rakyat. Program 100 hari ini adalah untuk rakyat Malaysia sebenar, tulin dan watan – the real Malaysians.

Siapa rakyat Malaysia sebenar ini yang sering dilupakan oleh media massa dan kerajaan BN? Sebelum mengenalpasti mereka, kita harus dulu menyatakan siapa yang bukan Malaysia sebenarnya.

Saya ingin mula dengan mereka yang hanya tahu benci dengan menggunakan fahaman eskstimis baik kaum, jantina mahupun agama. Golongan yang hanya tahu mendisrkiminasi, menganiayai dan merendahkan orang lain malah meraikan tragedies berdarah 13 Mei kebanyakan pendokong dan peminat Utusan Malaysia dan BN yang hanya peralatkan isu 3R (race religion rajah), mereka bukanlah rakyat Malaysia sebenar.

Satu lagi gologan ialah yang tamak haloba di mana demi godaan wang rasuah atau yang lain rela menjualkan segala-galanya. Tambah pula kaki fitnah dan tohmah, golongan mata duitan, materialism dan penipu ini bukan juga rakyat Malaysia sebenar. Kita tidak boleh pertimbangkan suatu lagi golongan yang hanya mahu syiok sendiri atau suka tunjuk pandai. Kalau tak diberikan tempat atau ikut nafsu jahat mereka, maka mereka akan lompat atau belah sahaja.

Yang kesemua ini bukan rakyat Malaysia sebenar, mereka ini Malaysia Celup or pseudo-Malaysians.

Rakyat Malaysia yang sebenarnya adalah rakyat biasa yang pentingkan hak ekonomi dan masa depan agar kehidupan mereka bukan sahaja lebih senang tetapi masa depan untuk anak-anak adalah lebih cerah dan baik. Inilah rakyat Malaysia sebenar yang kita di PR harus tumpukan.

Saya percaya rakyat Malaysia sebenar mahukan sebuah masayarkat aman, tenteram dan penyayang serta menyokong prinsip keadilan, kebenaran, kebebasan, kebajikan dan ketakwaan kepada Tuhan. PR harus fokuskan perhatian dan usaha gigih kita ke atas golongan pertengahan ini yang merupakan majoriti terbesar dan sering dilupai oleh media massa dan BN.

Rakyat Malaysia sebenar mahukan keadilan dan kedaulatan undang-undang agar kita dilayani secara samarata. Yang mereka akan lebih sanjung bukanlah individu yang berwibawa tetapi system yang berkesan. Sistem yang membolehkan sesiapa jalankan urusan kerajaan tanpa menerusi pihak ketiga atau kenal orang tengah, hanya kenal undang-undang dah cukup, itulah system kedaulatan undang-undang yang rakyat Malaysia sebenar mahukan.

Rakyat Malaysia sebenar mahukan kebenaran supaya masyarakat dan anak-anak kita tidak akan hancur. Dalam ugama Islam pun dinyatakan fitnah adalah lebih dasyat daripada bunuh, takkan lagi nak percaya Satu Malaysia yang bertopengkan One Israel dan Tipu Malaysia.

Rakyat Malaysia sebenar mahukan kebebasan, kebebasan daripada penyalahgunaan kuasa yang rakus, amalan rasuah dan ancaman atau ugutan ketakutan(freedom from fear). Hanya dengan kebebasan hak asasi manusia baru kita boleh mendapat peluang samarata untuk merealisasikan potensi modal insan.

Rakyat Malaysia sebenar mahukan kebajikan sebenar agar golongan daif, asnah, miskin, kurang upaya dan lemah dapat terus dibela. Kemiskinan akan dilawan berhabis-habisan supaya semua dapat kecapi hasil kejayaan ekonomi.

Rakyat Malaysia juga hendak bertakwa kepada Tuhan agar kita menjadi insan baik yang takut kepada Tuhan dan bukan taksub kepada pemimpin dan isteri mereka. Masyarakat yang berpegang teguh kepada “amar maaruf nahi mungkar” akan pastikan Firaun tidak akan timbul. Jangan mereka yang mahukan Menara Warisan Merdeka 100 tingkat lupa, Firaun boleh bina Piramid yang masih wujud sekarang tetapi Firaun sudah lama tak ada lagi.

Inilah rakyat sebenar dalam golongan pertengahan yang PR mesti tumpukan bukanlah mereka yang rasis, benci-membenci, fitnah dan tamak-haloba. Kita mesti was-was tentang kempen kotor yang akan dimainkan dalam PRU13 yang diramalkan datang tak lama lagi. BN akan gunakan senjata 3R khususnya UMNO akan cakap PAS diperkudakan DAP dan MCA pula cakan DAP diperkudakan PAS.

Selama ini di Pulau Pinang UMNO serang DAP anti-Melayu dan MCA pula serang DAP anti-Cina. Ini baru berlaku bila DAP tunjukkan bahawa dalam sistem tender terbuka Tak kan

Perjuangan DAP adalah berteraskan Perlembagaan Persekutuan We must not allow UMNO to hijack the Malaysian Constitution to split and and divide Malaysians that it is somehow wrong to fight for all Malaysians. UMNO always cites Article 153 of the Federal Constitution on the special position of the Malays as justification for their racist Malays-only approach. However UMNO invariably fails to mention that Article 153 also mention that the the legitimate interests of other communities must also be protected.

Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan
Adalah menjadi tanggungjawab Yang di Pertuan Agung memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana Negeri Borneo dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.

Article 153 of the Federal Constitution
It shall be the responsibility of the Yang di Pertuan Agong to safeguard the special position of the Malays and natives of any of the States of Sabah and Sarawak and the legitimate interests of other communities in accordance with the provisions of this article.


For instance, Gross national income (GNI) per capita of South Korea in 1970 was below that of Malaysia ($260 versus $380), but by 2009, South Korea's was three times larger than Malaysia's ($21,530 versus $6,760).

Singapore has also overtaken Malaysia as South-East Asia's third-largest economy, after Indonesia and Thailand. The report cited official estimates that Singapore's gross domestic product (GDP) would grow at its fastest pace this year at 15%, hence generating a value of US$210bil; while Malaysia's 2010 GDP would grow 7% to US$205bil.

We have failed as a country to grow the size of its economy and lost out in the race towards economic competitiveness. Singapore is significantly smaller in size and in terms of population, compared with Malaysia. Malaysia is 478 times the size of the republic and its population, at 27 million, much larger than its tiny neighbour's 4.8 million.

In addition, the country is not blessed with as much natural resources as Malaysia. And yet, Singapore has been actively transforming its economy over the years and it now stands as the easiest place to do business in the world and an important regional financial hub. Can Malaysia catch up when last year, Singapore’s GDP per capita was US$36,537 (up from US$512 in 1965) compared with Malaysia's US$ 6,975 (US$ 335 in 1965)?

Tiada ulasan: