PERLAHAN….Kelihatan kenderaan terpaksa memperlahankan kelajuannya ketika melalui lokasi yang berlubang-lubang. Oleh: AMBROSE MAIL MATHEW TIMBALAN Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tenom Lampag Kurias 60, bertanya kepada kerajaan BN khususnya para pemimpin BN dinegeri ini apakah justifikasi sebenar slogan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak berbunyi, “Rakyat Didahulukan…” atau apakah ia sekadar retorik mahupun omongan kosong sahaja? Kalaulah benar slogan itu menfokuskan kepada kepentingan rakyat khususnya di kawasan luarbandar beliau berkata, “Saya menggesa kerajaan khususnya Kementerian Infrastruktur Sabah agar mengambil alih tanggung jawab menyelenggara jalanraya sejauh 5 km di kawasan Ladang dan perumahan peneroka Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) Lagud Sebrang kerana penduduk sudah tidak tahan dan bosan dengan keadaan jalanraya di situ yang rosak teruk dan berlubang-lubang”. Katanya, beliau sedih melihat keadaan jalanraya tersebut seakan akan dianak tirikan kerana sudah lebih 10 tahun tidak pernah diselenggarakan malah ketika ini keadaannya semakin teruk lebih-lebih lagi ketika musim hujan. Lampag berkata, meskipun pun sebelum ini masalah tersebut pernah dikemukakan kepada pihak berkenaan untuk tindakan lanjut seperti yang dikehendaki penduduk tetapi agak menyedihkan kerana sehingga kini rungutan penduduk terus lenyap begitu sahaja. “Penduduk di situ sudah mengemukakan masalah itu kepada Adun Melalap tahun lepas (2009) tetapi setelah beliau menyemak status jalanraya itu adalah bidangkuasa LIGS. Jadi.. Datuk Radin tidak dapat melakukan apa apa selain sekadar bertindak menulis surat kepada pengurusan LIGS supaya mengambil tindakan berhubung masalah itu,” tegas Ampag. Beliau difahamkan bahawa pihak pengurusan LIGS sudah berulang kali meminta peruntukkan daripada kerajaan untuk tujuan penyelenggaraan tetapi besar kemungkinan pihak LIGS pusat belum mendapat apa apa jawapan daripada pihak kerajaan. Menurut Lampag, masalah tersebut juga pernah dipaparkan dalam media sekitar Mei,2010 bagaimana pun tindakbalas pihak berkenaan berhubung perkara tersebut terus senyap dan membisu seribu bahasa. Sedangkan penduduk di situ memerlukan tindakan yang lebih proaktif dari pihak berkenaan. Dalam pada itu, Lampag menolak tanggapan sesetengah pihak bahawa jalanraya tersebut khusus untuk para peneroka dan kakitangan pengurusan LIGS sahaja, adalah tidak benar kerana sejak dahulu jalanraya tersebut turut digunakan oleh penduduk penduduk berhampiran seperti Kg Batu Tiningkang dan juga guru-guru yang bertugas di SK Batu Tiningkang. |
23 ulasan:
jalan raya itu perlu dinaiktaraf bagi kemudahan penduduk setemapt.
harap jalan tersebut dapat diperbaiki/dinaik taraf. ini bagi memberikan keselesaan kepada pengguna jalan tersebut.
usaha untuk menjaga kepentingan rakyat sentiasa diperjuangkan oleh kerajaan. harap pekara ini juga dapat diberikan perhatian oleh pihak yang berkaitan.
Saya pun tertanya-tanya di manakah sudah slogan PM, rakyat didahulukan...
Jalanraya tersebut perlu diperbaikikan. Diharapkan pihak berkenaan akan segera memperbaikikan jalanraya itu. Jangan kecewakan rakyat yang selama ini telah memberi sokongan kepada kerajaan.
sepatutnya LIGS lah yang bertanggungjawab memajukan segala kemudahan infrastruktur atau prasarana di kawasan berkenaan. sebagaimana FELDA mampu menyelesaikan masalah seperti itu tanpa meminta bantuan kerajaan, pihak LIGS juga sepatutnya mampu melakukannya..
PKR sepatutnya menyalahkan LIGS bukannya seluruh kerajaan Najib dan slogan beliau. siapa yang memajukan kawasan itu wajar menyelesaikan masalah2 infrastruktur di kawasan itu. PKR perlu tujukan kritikan itu tepat kepada sasaran bukannya terus kepada politik. itu tandanya keperihatinan PKR tidak ikhlas melainkan didorong oleh kepentingan politik semata2.
jika Lampag Kurias boleh mengaitkan masalah ini dengan slogan PM, apa pula pandangan Lampang terhadap slogan keadilan PKR dengan kekotoran dalam PKR serta ketidakadilan PKR kepada rakyat di negeri2 Pakatan?
Mungkin perancangan sedang dilakukan untuk memperuntukkan pembaharuan jalan. Kita tunggu dan lihat apa tindakkan yang akan dilakukan nanti.
Masalah ini harus diselesaikan secepatnya. Jangan sampai lagi PR menjadikan perkara ini isu menjatuhkan kerajaan BN.
Jadikan slogal itu satu kenyataan kepada rakyat dan bukannya omong kosong.
Harap kerajaan akan memastikan jalan-raya di Sabah akan dinaik taraf untuk kemudahan rakyat.
Masih banyak projek di Sabah yang harus diberi perhatian.
jalan yang terlalu teruk perlu diperbaiki bagi memudahkan lalu lintas kenderaan.
Promises are meant to be fulfilled.
Saya pasti kerajaan tidak akan menyisih rakyat.
Inilah yang kerajaan terlepas pandang. Atau mungkin bukan kerajaan, tetapi wakil rakyat yang dipilih TAPI TIDAK MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB.
kalau dah PKR campur tangan, konpom karau dan bukannya selesai cepat.. huhu
Tapi saya pun sebenarnya mahu tanya juga mana sudah slogan rakyat didahulukan????
Saya yakin kerajaan sedang berusaha utk melakukan yang terbaik utk rakyat, namun bagi saya kerajaan terpaksa melipatgandakan lagi usaha mereka sebelum pembangkang membuat hal.
Baiki segera jalan raya yang didakwa rosak oleh penduduk dan pastikan jalan raya di seluruh sabah ni sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
Semoga perkara ini mendapat perhatian sewajarnya.
Saya percaya sememangnya suda ada peruntukan yang diberikan, tetapi tentu sahaja ada yang melakukan kesilapan.....Hal ini memerlukan penyelidikan secepat yang mungkin...
Catat Ulasan