Selasa, 28 Disember 2010

Kita tidak bertanding di PRK DUN Tenang

SINAR HARIAN ONLINE



SHAH ALAM - Parti Keadilan Insan Tanah Air (Kita) tidak berminat untuk bertanding merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, yang kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sulaiman Taha, 59, pada 17 Disember lalu.

Jurucakapnya, Zakaria Salleh berkata, mereka akan lebih memberikan tumpuan di kawasan Parlimen sahaja berbanding DUN di setiap negeri.

"Kita menyasarkan kerusi Parlimen kerana tumpuan lebih diberikan kepada agenda negara.

"Buat masa ini, Kita lebih memfokuskan pemantapan parti, termasuk pertukaran nama daripada Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) kepada Kita dengan Pendaftaran Pertubuhan (ROS)," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, semalam.

Menurutnya, sambutan di Kelantan menunjukkan Kita mampu meletakkan calonnya bertanding di seluruh Parlimen dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

"Kami yakin dengan kebolehan Presiden parti, Datuk Zaid Ibrahim, menerajui parti baru ini.

"Di samping itu, Kita mempunyai pelbagai kepakaran dalam kepimpinan, terutamanya dalam menangani isu-isu berbangkit," katanya.

8 ulasan:

madd berkata...

nampaknya parti "kita" lebih berminat untuk kawasan parlimen sahaja.

madd berkata...

apa pun terserah kepada "kita" untuk melakukan apa yang mereka rasakan patut untuk parti mereka.

Tanpa Nama berkata...

jika kita tk ikut bertanding, PKR Tenang mungkin ada berlangsung satu lawan satu antara BN dan PR.

Tanpa Nama berkata...

apaun, harap PKR Tenang akan berlangsung dgn baik.

Unknown berkata...

People is the most powerful in making you to stand and down in time. So, all you need to do is let the people fall in love with your good attitude and the way who you are, a good leader, indeed!

nickko berkata...

ada baiknya Kita tidak bertanding di PRK DUN Tenang kerana buat masa ini parti itu masih sukar menumbangkan parti2 gergasi, lebih2 lagi parti itu masih baru dan masih banyak yang perlu dilakukan bagi memantapkan dan mangukuhkan parti.

Tanpa Nama berkata...

Well, good luck to them.

Sanih Alias berkata...

Semoga berjalan dengan lancar PRK ini.