SINAR HARIAN ONLINE
KOTA KINABALU - Bekas naib presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Dr Jeffrey Kitingan dijangka keluar dari parti itu pada Khamis ini, menurut beberapa sumber hari ini.
Satu sidang media khas telah diatur pada hari berkenaan bagi Dr Jeffrey membuat pengumuman 'amat penting', kata mereka.
Mereka berkata, Dr Jeffrey, yang juga bekas wakil rakyat Bingkor dan adik kepada presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, mungkin juga mengumumkan penubuhan sebuah pergerakan bagi meneruskan karier politiknya dengan menjangka pilihan raya umum mengejut tahun depan.
"Dr Jeffrey tidak undur dari politik...sebaliknya dia sedang meningkatkan perjuangan politiknya," kata sumber itu kepada Bernama.
Bagaimanapun, sumber itu enggan menyatakan sama ada pergerakan itu mempunyai kaitan dengan penubuhan blok politik ketiga dalam negara yang dikatakan diketuai oleh bekas tokoh PKR, Datuk Zaid Ibrahim.
Pemerhati politik melihat pengunduran Dr Jefrrey sebagai tamparan hebat kepada cubaan PKR untuk memperkukuhkan kedudukan di Sabah, yang dianggap sebagai 'simpanan tetap' untuk Barisan Nasional (BN).
27 ulasan:
nampaknya makin ramai yang keluar dari PKR termasuk Jeffery.
tidak pasti lagi mengenai pekara ini. tidak hairan jika Dr Jeffrey mengambil tindakan ini kerana beliau juga sering lompat parti.
jika benar Dr Jeffrey keluar PKR, pasti pengaruh PKR di Sabah berkurangan. Ini kerana beliau merupakan pemimpin yang berpengaruh dalam PKR Sabah.
Baik kalau Jeffrey bersara sekerang dan mengundur diri daripada politik.
Selepas Jeffrey, siapa lagi bakal akan keluar dari PKR???
nampaknya PKR Sabah bakal menerima tamparan hebat. sementara parti lain sibuk memperkukuhkan parti, PKR pula sibuk dengan masalah dalaman. memang patutlah kita terjemahkan PKR sebagai Parti Kian Rapuh..
nampaknya PKR sabah akan semakin lemah.
saya pasti perjuangan PKR di Sabah akan menemui jalan buntu. jeffrey perlu teruskan sahaja niat itu kerana itu adalah hak jeffrey untuk menyelamatkan diri dari kapal bocor yang bila2 masa akan karam.
dari semasa ke semasa ramai ahli PKR keluar. Zaid baru-baru ini, akan datang pula JK. Seterusnya siapa yang akan melakukan perkara yang sama.
JK merupakan orang yang terpengaruh di Sabah. Mungkin penarikkan diri keluar parti PKR ini akan melemahkan PKR yang terdapat di Sabah. Apa pun kita tunggu satu keputusan yang sahih untuk kenyataan ini.
Jeffrey telah penat dalam PKR.
JK agar popular dengan tindakan lompat parti. Mungkin bagus beliau berehat sebentar. Luangkan masa bersama keluarga.
hhmm.. bah tunggu ja lah nanti, betul ka tak si DJK ni keluar dr PKR.
Kalau semua pun mahu keluar dari PKR, rasanya tak lama lagi PKR ni pun akan bubar la kan. hihi
Selepas ni saya mahu tahu siapa lagi akan mahu atau berura-ura mahu keluar dari PKR :)
Apapun, rasanya hal ni jelas membuktikan keadaan sebenar PKR. Jadi biarlah rakyat yang nilai sendiri.
Tapi kan, kalau DJK keluar sekalipun, rasanya mmg dijangka juga sebab politik kan terkenal dengan keluar masuk dan lompat melompat:P hehehe
selepas zaid, kini giliran JK keluar PKR..nampaknya PKR juga tidak dipercayai oleh JK..
dengan pengunduran JK dari PKR, akan menambahkan kesukaran PKR untuk merampas sabah dari BN..
seorang demi seorang 'orang kuat' PKR meninggalkan parti itu..mungkin semua ini adalah disebabkan oleh kemelut dalaman PKR..
tunggu pada khamis ini pengumuman dibuat oleh JK..
kemungkinan senario politik sabah akan berubah dengan perkembangan terbaru ini..
I didn't see his official statement.
Namun Christina Liew tetap akan berjuang di dalam PKR.
I hope this is his final decision.
Wish him all the best.
Mungkin lebih sesuai menterbitkan artikel ini bila secara rasmi beliau menyatakan bahawa beliau tidak lagi bersama PKR....
Catat Ulasan