Fakhri Ali |
GEORGETOWN: Malaysia belum mengamalkan demokrasi sepenuhnya jika dibandingkan dengan negara-negara lain yang sudah lama melaksanakan amalan tersebut. Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata demikian semasa menyampaikan pandangan beliau dalam majlis Forum Bersih 2.0 anjuran Suaram di sini, semalam. Katanya lagi, amalan demokrasi juga tidak pernah wujud dalam parti pemerintah seperti Umno dan Barisan Nasional (BN). "Dalam pemilihan PKR baru-baru ini, walaupun kita diberi pandangan negatif oleh media arus perdana milik Umno dan BN, tetapi PKR mengamalkan demokrasi secara menyeluruh. "Semua ahli diberi peluang untuk memilih siapa sahaja pimpinan yang mereka rasakan layak untuk memimpin. Bermula dari akar umbi sehinggalah kepada pimpinan tertinggi parti, semua ahli dibenarkan memilih pimpinan mereka," tegasnya lagi. Beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai menggesa Umno dan BN membuktikan mereka juga mengamalkan demokrasi secara sepenuhnya dengan memberi ruang kepada ahli untuk memilih pucuk pimpinan. Tegasnya lagi, Umno dan BN tidak mampu untuk melaksanakan pemilihan secara demokrasi sepertimana yang dilaksanakan oleh PKR kerana tidak yakin dengan sistem demokrasi yang sebenar. Dalam forum tersebut juga para peserta menzahirkan luahan rasa mereka dengan menuntut supaya pihak kerajaan membuat reformasi dalam sistem pilihan raya yang sedang diamalkan dalam negara. |
Rabu, 8 Disember 2010
Demokrasi tidak wujud dalam Umno BN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan