Rabu, 15 Disember 2010

DAP juga tangguh pemilihan parti hingga Ogos 2012

BERNAMA

KUALA LUMPUR – DAP telah menangguhkan pemilihannya yang sebelum ini dijadual diadakan Ogos depan sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata keputusan sebulat suara itu dicapai pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP yang diadakan malam semalam.

Katanya, keputusan itu diambil selepas menimbangkan keputusan penangguhan pemilihan parti yang telah diputuskan oleh Umno dan MCA baru-baru ini, yang memberi petanda jelas bahawa pilihan raya umum ke-13 sudah semakin hampir.

“Kami jangkakan PRU-13 akan diadakan tahun depan serentak dengan pilihan raya Sarawak dan disebabkan itu kami mengambil keputusan untuk menangguhkan pemilihan parti untuk memberi komitmen penuh bersiap sedia dalam menghadapi pilihan rata umum ke-13 yang dilihat paling kritikal.

“Justeru, kami akan mengadakan Bengkel Pilihan Raya Umum Nasional pada 16 Januari ini di Kuala Lumpur sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Katanya, penangguhan pemilihan parti itu adalah selama setahun dan ditangguhkan sehingga Ogos 2012.

10 ulasan:

Unknown berkata...

Terpulang kepada DAP.

tombolo berkata...

DAP pun sama juga menangguhkan pemilihan parti.

Unknown berkata...

Kalau DAP rasa keputusan untuk menangguh pemilihan parti hingga Ogos 2012 adalah keputusan yang terbaik, biarkan mereka.

madd berkata...

nampaknya DAP juga menangguhkan pemilihan parti mereka.

madd berkata...

terserahlah kepada DAP untuk melakukan apa yang mereka rasakan patut.

Tanpa Nama berkata...

I'm sure they all have their reasons for doing so. Good luck anyway.

nickko berkata...

tidak adapun PM mengumumkan samada memanggil pilihan raya umum dalam masa terdekat atau tidak. apa2pun buatlah apa yang terbaik untuk parti sebagai langkah mempersiapkan parti bagi menghadapi PRU akan datang.

Bujang Senang berkata...

Kita nantikan saja bila akan berlangsung PRU13 nanti.

mandau berkata...

ketika UMNO menangguhkan pemilihan mereka kritik, kini mereka pun sama juga menangguhkan pemilihan.

Gopuk berkata...

Tangguh saja jika belum bersedia.