KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat dilihat seperti kehilangan sokongan anggotanya kerana jumlah yang keluar mengundi bagi memilih kepimpinan parti itu sangat rendah, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.
Beliau berkata pemilihan barisan kepimpinan tertinggi parti sepatutnya mendapat sambutan yang hangat daripada anggota, seperti yang berlaku dalam Umno, di mana kehadiran ahli untuk memilih kepimpinan di peringkat cawanganpun sangat tinggi.
“Saya pun terperanjat kerana menjangkakan ramai anggota parti itu akan keluar mengundi untuk memilih barisan kepimpinan mereka,” katanya kepada pemberita selepas majlis korban di Masjid Negara di sini hari ini.
Ahmad, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata anggota Umno bagaimanapun tidak seharus merasa selesa dalam usaha memenangi hati rakyat akibat masalah dalaman yang sedang dihadapi PKR sekarang.
“Anggota Umno perlu terus menerus berusaha memberi perkhidmatan terbaik untuk rakyat,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan