Harakahdaily |
IPOH: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) menyokong penuh kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang tegas mengatakan bahawa Umno Barisan Nasional (BN) tidak matang dalam tindakan politik mereka. Timbalan ketuanya, Mohd Munir Ali berkata, ini terutama di dalam menerima kejatuhan di negeri ini yang menyaksikan mereka menggunakan jalan belakang bagi merampas semula pentadbiran kerajaan negeri daripada Pakatan Rakyat (PR). Katanya, Tuan Guru Seri Abdul Hadi secara tegas menyatakan tindakan tersebut sebagai tidak demokratik. Tambahnya, hal itu yang dinyatakan di dalam seminar bertajuk ‘PAS Sedia Ganti Umno’ baru-baru ini jelas memberikan harapan kepada rakyat agar terus yakin akan kepimpinan PAS dan PR di dalam menerajui negeri atau negara ini kelak. “Sudah tentu sikap tidak demokratik Umno ini tidak terhenti segitu sahaja, malah diteruskan lagi dengan sikap tidak profesional mereka di dalam menguruskan negara dan rakyat itu sendiri,” katanya. Rakyat, katanya perlu menilai semula kesan rampasan kuasa oleh Umno yang berlaku di Perak kerana ianya jelas menggambarkan matinya demokrasi yang adil dan saksama sehingga sekarang ini. “Disebabkan itulah para pelabur asing masih tidak yakin terhadap pentadbiran kerajaan negeri Perak yang tampok kekuasaannya terletak kepada ‘kuasa ketiga’ iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bebas yang telah melompat parti. “Faktor merekahlah kecelaruan dan ketakutan banyak pihak terutama negara asing yang melihat drama politik hitam di Perak yang mematikan demokrasi dan menidakkan pilihan dan kuasa rakyat,” ujarnya. DPPN Pk, katanya yakin Umno BN bimbang menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti yang bakal menyaksikan mereka dijatuhkan dan ditolak oleh rakyat negeri Perak. “Kebimbangan inilah yang sedang menghantui mereka demi menjaga kedudukan yang kini berada ‘di hujung tanduk’,” ujarnya. |
Isnin, 15 November 2010
Umno BN Perak di hujung tanduk
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
11 ulasan:
Jadi siapa yang matang?PR kah yang matang??Tidak tahu lagikan??biarlah kalau itu pilihan rakyat terima seadanya.
siapa yang di hujung tanduk sebenarnya? UMNO atau PR Perak? PAS sepatutnya menerima apa yang berlaku di Perak dengan hati terbuka.
sebenarnya kini BN yang semakin kukuh, PR pula semakin lemah. liat sahaja kemelut dalam PKR yang tak sudah2.
PR sudah sedia rapuh di Perak, PR sendiri yang memberi laluan kepada BN untuk merampas Perak. berdasarkan perkembangan politik sekarang, PR lah yang sebenarnya berada dihujung tanduk.
Jangan bercakap tentang parti lain tapi perbaikila parti anda sendiri. Hal ini kerana sudah sekian lama anda berharap untuk menjadi pemerintah tapi sayang, tidak pernah itu berlaku!!
PAS juga perlulah ingat bahawa mereka juga bukannya matang sangat. Jangan terlalu angkuh.
PAS juga perlulah ingat bahawa mereka juga bukannya matang sangat. Jangan terlalu angkuh.ro
Lebih baik PAS mencerminkan diri dahulu sebelum menkritik parti yang lain. Musuh terbesar adalah diri sendiri.
apa yang berlaku sekarang ini adalah, BN semakin kukuh. sebaliknya PAS yang semakin goyah. lebih baik PAS memperbaiki diri sendiri sebelum bercakap mengenai parti lain.
Setuju Kharul... Rakyat dah pilih, nak kata apa lagi???
Rasanya PAS kena selidik kelemahan sendiri daripada asyik buat andaian terhadap parti lain. huhuhu
Catat Ulasan