Jumaat, 19 November 2010

Umno bergembira bila tiba musim banjir

WARKAH DAILY

Tahukah anda saat manakah UMNO paling suka ? Mengapa?

Saat yang UMNO paling gembira dan berjoget sakan ialah dikala bencana berlaku seperti banjir, pilihanraya kecil (PRK) dan kehilangan kerajaan negeri.

Mengapa?

Jika banjir berlaku, itu bermakna "duit turun dari langit". Bayangkan UMNO Pusat datang membawa duit umpama Santa Claus memikul karung atau barangkali macam "Dajal" membawa bantuan kepada sesiapa yang memerlukan dengan syarat menyokongnya.

Ingat! Duit bantuan itu bukan 100% rakyat atau penyokong akar umbinya dapat. Semestinya golongan bawahan sekadar dapat "sisa-sisa" sahaja. Bermula pemimpin atasan dapat elaun turun padang, kemudian juak-juaknya turut menghirup dengan lahapnya "RM".

Keadaan yang sama berlaku semasa PRK. Jika kerajaan negeri UMNO tumpas seperti di Terengganu 1999 maka berpuluh-puluh projek bernilai jutaan ringgit untuk penyokongnya untuk terus bernyawa.

Terkini, anda lihat semasa banjir di Kedah. Apabila TPM Muhyiddin menyelar Kerajaan Negeri, dalam masa yang sama penyokong UMNO berjoget sakan memasukkan RM dalam poket mereka hasil bantuan Kerajaan Pusat UMNO.

Boleh anda teka jika bantuan banjir untuk rakyat dari Kerajaan Pusat UMNO sebanyak RM500 satu keluarga, berapa banyakkah RM masuk dalam poket Ketua Bahagian, Ketua Cawangan dan JKKKP? -TKO

22 ulasan:

nickko berkata...

lihatlah bagaimana media pembangkang yang jelas2 melakukan fitnah dan pembohongan. setelah gagal menjawab pertanyaan rakyat berhubung dengan bantuan mangsa banjir baru2 ini, mereka mula tampil dengan tuduhan demi tuduhan bagi menutup kelemahan serta maruah mereka setelah dimalukan oleh rakyat.

nickko berkata...

ahli2 umno turun padang menghulurkan bantuan serta bergotong royong bersama penduduk.. PAS hanya buat 3 pondok kemudian semua ahli2 PAS pergi mendengar ceramah politik Bersih.. dalam kesulitan rakyat menghadapi banjir, PAS masih boleh mendengar ceramah2 politik.. terdapat juga aduan rakyat yang kononnya PAS hanya memberikan bantuan kepada penyokong PAS.. jadi mana wang kerajaan negeri yang sepatutnya digunakan untuk membantu rakyat? adakah semuanya telah disalurkan bagi menjayakan ceramah2 politik PAS?? atau masuk poket ahli2 PAS?

kb girl berkata...

Apa dosa manusia ini yang melesapkan wang bantuan untuk mangsa yang dalam kesusahan? Adakah mereka ini masih mempercayai Tuhan Maha Kuasa yang mencipta mereka??
Ragu.

Paquin berkata...

hehhee, mcm lucu pula baca artikel ni. Terlalu fantasi lah. hehehe

Paquin berkata...

Biasalah tu nickko. Mcm lah diri durang tu terlampau hebat kan. hehe

Paquin berkata...

Sebagai pemerhati, saya sendiri tak dapat kebenaran artikel ni. Cuma saya harap hal ni tak benar.

Paquin berkata...

Ini kerana saya yakin umno akan terus membantu rakyat bagi memastikan kepercayaan rakyat terhadap umno/bn tidak berbelah bagi.

Paquin berkata...

Appaun, terpulanglah pada rakyat utk membuat penilaian. Benar atau tak yg dinyatakan dalam artikel; tepuk dada tanya selera. hehe

Unknown berkata...

Kenapa sampai dikatakan gembira sedangkan ramai yang dalam derita?
Bantu dengan hati jujur dan iklas.

Unknown berkata...

Bukan semua orang begitu, ada lagi yang iklas turun padang menghulur bantuan.

Unknown berkata...

Tiada orang akan merasa gembira apabila orang lain dalam kesusahan kecuali orang yang berhati busuk .

captain berkata...

Mungkin ada manusia yang keji menambil kesempatan mengaut keutungan sewaktu musim banjir.

Unknown berkata...

Bantuan dari parti biasanya tidak dipantau dan terpulang pada kejujuran ahli tersebut.

Tanpa Nama berkata...

tiada siapa suka banjir berlaku, tuduhan dalam artikel ini tiada asas.

Unknown berkata...

Musim banjir atau tidak, UMNO tetap akan berusaha menolong rakyat dalam apa jua hal kerana kepercayaan rakyat terhadap UMNO adalah penting untuk memastikan mereka tidak kehilangan sokongan rakyat.

zam berkata...

terpulang kepada masing-masing untuk menilai artikel ini. rakyat pasti tahu siapa yang sebenarnya ikhlas membantu mereka.

Unknown berkata...

Daripada kita prasangka pertolongan UMBO, baik kita bersyukur. Terima kasih UMNO!

Anak Sabah berkata...

Terpulanglah kepada individu yang menilai sama ada mereka yang membantu, melakukannya dengan ikhlas dan tulus hati. Yang penting bantuan sampai ke mangsa yang memerlukannya. Dalam masa yang seperti ini, semua usaha dan bantuan diperlukan tidak kira daripada BN, pembangkang, NGO ataupun individu.

elia berkata...

Itu bukan sangat penting, yang penting bantuan itu sampai. Cuba fikir jika tidak ada bantuan yang diberikan, lagi parah keadaannya. Rakyat gembira ramai yang gembira. Itu adalah lebih penting.

nurfatihah berkata...

Kenyataan pembangkang semata-mata.

nurfatihah berkata...

Siapa yang gembira bila musim banjir? Apa point UMNO mahu gembira, bila harus mengeluarkan belanja yang besar untuk memperbaiki semua yang telah rosak?

nurfatihah berkata...

Cold hearted people.