Oleh: MAIL MATHEW
DUA pemimpin masyarakat Tenom turun padang gara-gara tertekan dengan cemuhan pengguna jalanraya kerana mereka (pengguna) bosan dengan sikap pihak tertentu terus membiarkan kedudukan ‘Simpang Rojak’ berdekatan Kompleks Wawasan, bersebelahan Jalan Jaungkan sehingga mencelarukan pemandu; disebabkan arah aliran kenderaan yang tidak menentu.
Ramai berpendapat bahawa sekiranya keadaan berkenaan terus dibiarkan, mangsa semakin keliru dan akan mengundang lebih banyak kecelakaan jalan raya di kawasan berkenaan.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dalam Bandar (JKDB), Kapitan Liew Foh Sin dan Pemaju Mukim Pekan dan Kalang, Richard Ang yang terpaksa turun padang pada Jumaat untuk meninjau sendiri permasalahan tersebut sebelum laporan dibuat kepada pihak berkenaan.
Namun kedua-dua pemimpin masyarakat itu menyifatkan rasional di sebalik teguran masyarakat sekeliling mempunyai asas dari aspek keselamatan pengguna jalanraya yang pastinya ada keperluan untuk diambil perhatian serius oleh pihak tertentu.
Dalam pada itu, Kapitan Liew selaku Pengerusi JKDB di sini, sering menerima tomahan seperti itu tetapi pihaknya telahpun memasukkan masalah tersebut dalam laporan mesyuarat bulanan mereka.
Bagaimana pun jelasnya, beliau terpaksa melakukan tinjauan sekali lagi dengan bantuan Pemaju Mukim Richard Ang untuk mempastikan keperluan sebenar sebelum laporan dimajukan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) atau Majlis Daerah di sini untuk tindakan seterusnya.
Sementara itu, difahamkan bahawa beberapa kemalangan telah berlaku di situ kerana pemandu menjadi keliru disebabkan simpang empat tersebut berlaku dua peringkat yang berhampiran dan mengelirukan kerana tiada papan tanda atau garisan aliran trafik yang menunjuk arah aliran yang sebenar.
“Kehadiran kami sebagai prihatin kepada suara masyarakat pengguna yang memerlukan perkhidmatan kerajaan dalam sesuatu isu, sebaliknya kami bukan bertindak untuk mendapat publisiti tetapi demi membantu kerajaan…(jadi) kami akan mencari jalan untuk selesaikan masalah ini kerana bimbang Simpang Rojak ini akan menjadi Simpang Maut,” tegas Richard Ang lagi.
15 ulasan:
pekara ini perlu diambil perhatian. ini bagi memastikan aspek keselamatan jalan raya tersebut berada dalam keadaan selamat.
simpang ini memang mengelirukan, tindakan perlu diambil terhadap simpang ini agar keselamatan pengguna jalan raya terjamin.
sekali imbas, jalan itu seolah2 telah sempurna, tetapi sebenarnya jalan itu masih belum lengkap memandangkan masih belum ada penanda yang boleh dijadikan panduan oleh pengguna jalan raya. walaupun hanya terdapat sedikit kekurangan, namun risikonya amat tinggi kepada pengguna jalan raya. semoga masalah ini mendapat perhatian yang sewajarnya..
Semoga selepas ini akan ada tindakan susulan dari pihak yang bertanggungjawab.
Mungkin mereka yang bertanggungjawap tidak menggunakan jalan tersebut.
Ambil tinmdakan segera utk tanggani hal ni. Saya yakin hal ni telah berlanjutan sejak sekian lama sehingga memaksa para pengguna jalan raya meluahkan rasa tidak puas hati mereka.
Semoga perkara ini dapat ditanggani secepat mungkin demi kebaikan bersama.
Keadaan jalan yang tidak sempurna harus diperbaiki dengan segera, janganlah sampai ada kemalangan jiwa berlaku.
Tidak tahu dimana simpang itu, tapi pihak berkenaan harus bertindak cepat menyelesaikan masalah ini.
Kepada mereka yang berkenaan, mungkin satu hari nanti, kamu sendiri atau keluarga kesayangan kamu juga menggunakan simpang tersebut, jangan meletakan mereka dalam keadaan yang bahaya.
Kualiti jalanraya Malaysia harus dipertingkatkan.
Baiki simpang itu sebelum sesuatu yang mengesalkan berlaku.
Haruslah diambil perhatian berkenaan masalah ini. Jangan diambil mudah kerana ini akan mengancam nyawa.
Saya amat berharap kerajaan akan membuat pemantauan dan perancangan dengan baik sebelum meluluskan sesuatu projek. Memastikan bahawa semua jalan raya, longkang, simpang jalan, lokasi roundabout, lokasi lampu isyarat dan lain-lain diletakkan pada tempat yang sesuai dan saiz yang betul supaya ia boleh digunakan dengan lancar dan tidak perlu membazir wang yang banyak untuk membaiki ataupun menukar pada masa depan.
Semua ini perlu diambil perhatian supaya tidak membuang masa, membuang duit dan tidak membahayakan keselamatan pengguna.
Catat Ulasan