Jumaat, 12 November 2010

PKR siasat peratus tinggi mengundi di Sabah

Aidila Razak

PKR sedang menyiasat kemungkinan berlaku penyelewengan dalam pengundian pemilihan pucuk pimpinan parti itu, di beberapa cabang di Sabah, kata timbalan pengerusi PKR Sabah, Christina Liew.

"Saya memeriksa dengan ibu pejabat parti dan diberitahu mereka sedang menyiasat... Saya faham majoriti (aduan) telah dibuat kepada ibupejabat, tetapi saya tidak tahu masa berapa lama siasatan akan dijalan," katanya ketika dihubungi kelmarin.

Tumpuan utama ialah mengenai jumlah yang keluar mengundi di beberapa cabang di Sabah, termasuk Sandakan dan Libaran, telah mencetuskan kebimbangan kerana rata-rata ia adalah sekitar 10 peratus.

"Ahli di Sabah nampaknya merasa bahawa pemilihan pucuk pimpinan pusat kurang penting berbanding di peringkat cabang kerana mereka lebih prihatin terhadap siapa yang memimpin mereka di peringkat cabang," kata Liew (kiri).

Di Libaran, 898 dari 1,501 ahli berdaftar, atau 59,83 peratus keluar mengundi, dengan calon timbalan presiden, Azmin Ali menyapu bersih hampir semua undi di cabang itu.

Sandakan juga mencatatkan jumlah pengundi yang tinggi - 43,57 peratus - dengan 456 daripada 1,047 ahli yang berdaftar, keluar mengundi.

"Bagaimana mereka boleh membuat begitu ramai keluar mengundi? Ada sekitar 4,000 ahli di Kota Kinabalu (cabang Liew), tapi hanya 300 yang keluar mengundi," katanya.

Sandakan, Libaran serta cabang-cabang lain yang ahlinya ramai keluar mengundi, seperti Tawau dan Tenom, hampir 100 peratus undi adalah untuk Azmin..

Di Tawau sahaja, calon timbalan ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK),
Chang Lih Kang memperolehi kesemua 232 undi, kecuali satu undi untuk lawannya Khairul Anwar Ahmad Zainuddin.

Ketika dihubungi untuk mendapat pengesahan bahawa siasatan sedang dijalankan, pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Dr Molly Cheah keberatan untuk mengatakan ya atau tidak.

Apabila didesak seterusnya, beliau bagaimanapun berkata: "Jika Christina Liew dah kata ia sedang disiasat, maka ia sedang disiasatlah.

24 ulasan:

Hosie Masie berkata...

Jika sudah kalah itu terimalah kenyataan. Mungkin itu tidak dapat diterima oleh PKR atas kekalahan tersebut.

Tanpa Nama berkata...

terserah kepada PKR bagaimana cara mereka untuk menyelesaikan masalah dalaman dalam parti mereka.

mandau berkata...

segala aduan yang diterima perlu disiasat, jgn biarkan penyelewengan berlaku dalam pemilihan tersebut.

Hamdan Hadillah berkata...

tidak ada salahnya jika siasatan mahu dilakukan. Tapi PKR mesti ingat ini ibarat menuduh BN menang dengan menipu. Jika siasatan tidak ada penyelewengan, BN boleh meyaman PKR kerana ini ibarat memalukan parti BN menuduh mereka melakukan sesuatu yang salah atas kemenangan mereka. PKR harus terima kenyataan dengan semua ini.

Hamdan Hadillah berkata...

PKR memang patut terima kekalahan ini. Sama juga seperti yang berlaku di Galas. PAS sendiri kalah teruk ditempat sendiri. Tapi itu terpulang dengan PKR mahu buat apa. yang penting PKR berpuas hati nanti dengan kekalahan itu.

Leo berkata...

Conduct an investigation then but seriously PKR should just move on and focus on getting the people support.

Velove berkata...

Nampaknya keputusan undi Batu Sapi masih belum diterima dengan baik.

Leo berkata...

Buck up PKR!

Tanpa Nama berkata...

baru2 ini Zaid mendakwa kononya berlaku penipuan dalam pemilihan PKR dimana jumlah undi jauh lebih tinggi dengan jumlah yang hadir mengundi.. mungkin dakwaan beliau tepat dan wajar disiasat.

Tanpa Nama berkata...

setakat ini belum ada tanda2 kemelut yang berlaku dalam pemilihan cabang PKR akan selesai. malah semakin hangat dan rumit. ada baiknya jika PKR tangguhkan pemilihan cabang dan selesaikan kemelut2 yang berlaku terutamanya isu penipuan dan penyelewengan yang kononnya berlaku sepanjang pemilihan PKR berlangsung.

Tanpa Nama berkata...

masalah dalam PKR berlaku kerana dakwaan terdapat penyelewengna dalam pemilihan parti tersebut, pelbagai aduan teleh dibuat, segala aduan perlu disiasat bagi memastikan tiada penyelewangan berlaku.

azman berkata...

sepatutnya dari awal lagi PKR berusaha menyelesaikan masalah yang berlaku dalam parti mereka.

dollie berkata...

PKR, go a place and do something else.

onong berkata...

Melanie Chia turut meragui keputusan pilihanraya di Batu Sapi. Terlalu banyak IC yang mencurigakan.

Ezef berkata...

That's useless.

Unknown berkata...

Sesiapa memang ada hak untuk membuka kertas siasatan namun keputusan masih menjadi tanda tanya.

mike berkata...

nampaknya kenyataan zaid berhubung dengan jumlah pengundi dalam pemilihan pucuk pimpinan PKR ada asasnya..

mike berkata...

mungkin akibat daripada desakan yang dibuat melalui media, maka siasatan terpaksa dijalankan..mungkin akan menjejaskan kredibiliti anwar yang sekali gus membuktikan semua kenyataan zaid.

mike berkata...

apakah ini yang diharapkan oleh rakyat kepada PKR? rakyat harus sedar..inilah hakikatnya jika memilih PKR..cakap saja indah tapi perangai buruk..

mike berkata...

diharap siasatan tulus akan dilakukan..rakyat berhak untuk tahu akan perkembangan isu ini.

mike berkata...

apa pun, PKR harus membuktikan bahawa mereka benar2 tulus, bersih dan amanah..lebih2 lagi anwar ibrahim..apakah nilai2 reformasi yang diwar-warkan beliau itu relevan jika beliau sendiri tidak dapat melakukannya?

Anak Sabah berkata...

Jika bertegas mahu membuat siasatan, Christina Liew memang boleh berbuat demikian. Tapi bagi saya, kenyataannya adalah sokongan terhadap Liew tidak setanding sokongan terhadap calon yang lain.

Anak Sabah berkata...

Apa-apa pun, saya berharap PKR boleh menangani perkara ini sebaik mungkin.

elia berkata...

Ni tgo apa dah jadi dengan PKR. Lebih kurang khabar angin yang kita dengar tentang BN satu ketika dulu...