Regina Lee |
Katanya, ini semua merupakan salah tanggapan bahawa JPP tidak mengambil serius terhadap aduan-aduan tersebut.
Dr Wan Azizah berkata pihaknya menyedari bahawa 69 cabang telah membuat aduan berhubung perjalanan pemilihan "dan kami mengambil tindakan sewajarnya".
Beliau menjelaskan bahawa pihaknya kekurangan kakitangan sekretariat dan oleh itu, tidak dapat menghantar surat kepada semua cabang berkenaan untuk memaklumkan bahawa aduan mereka sedang disiasat.
Beberapa pemimpin parti itu telah menggesa supaya pemilihan PKR ditangguhkan, termasuk calon timbalan presiden Mustaffa Kamil Ayub, calon ketua AMK Badrul Hisham Shaharin dan calon naib presiden Jonson Chong.
Sebelum itu, Badrul Hisham bersama pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman menyerahkan enam resolusi dalam pertemuan Rapat Anak Muda Khamis lalu
19 ulasan:
kepimpinan PKR perlulah melakukan siasatan terhadap setiap aduan yang dibuat oleh ahli. jika aduan tidak disiasat itu akan menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan ahli.
setipa aduan yang diterima mengenai pemilihan ini perlu disiasat.
Memang itu satu tindakkan yang baik, menyiasat semua aduan yang telah dikemukakan.
Setiap aduan yang telah dikemukan harus disiasatkan. Jangan pandang ringan terhadap aduan tersebut.
nampaknya terlalu banyak cabang yang tidak berpuas hati dengan proses perjalanan pemilihan PKR. sepatutnya mereka tangguhkan pemilihan cabang dan beri tumpuan kepada aduan2 yang diterima dari setiap cabang.
pasti apa yang berlaku dalam PKR sejak kebelakangan ini amat memberi tekanan dan beban yang cukup berat kepada seluruh jentera PKR. sebagai sebuah parti yang majoriti ahlinya terdiri dari veteran2 yang telah mempunyai banyak pengalaman politik, masalah seperti ini sepatutnya telah dijangkakan dan tidak patut berlaku.
diharapkan perkara ini akan diselesaikan.
jika masalah ini masih berlarutan, semakin hilanglah kepercayaan rakyat terhadap kemampuan PKR dalam usaha menubuhkan kerajaan baru.
sepatutnya dari awal lagi PKR menyiasat setiap aduan. sekarang ini keadaan sudah semakin teruk.
presiden PKR hanya 'decoy' anwar..semuanya ditentukan oleh anwar..jawatan presiden hanya satu ilusi..
pastikan disiasat dengan tulus..jangan cover up pihak yang salah..
Diharapkan PKR akan menangani perkara ini dengan baik.
Kita tunggu sahaja apa yang akan disiasat dan apa dapatan yang akan diperolehi..
Jawapan yang standard. 'akan disiasat'.
Itu jawapan yang pasti. Hasil siasatan pula, subjektif.
Mesti disiasat supaya rakyat jelas dengan apa yang sebenarnya berlaku dalam PKR.
Setelah aduan disiasat dan dapat hasilnya, segala sudah terlambat.
Pemilihan PKR yang pertama kali diadakan ini ternyata banyak masalah tetapi perlu diteruskan dan dicontohi parti politik yang lain.
Banyak kesilapan dalam pemilihan parti PKR. Bergaduh, bertumbuk pun ada.
Catat Ulasan