BERNAMA
Hillary Clinton memperkatakan sesuatu kepada Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman di Wisma Putra hari ini. – Foto Bernama
Bercakap pada satu sidang akhbar di Wisma Putra bersama dengan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman sempena lawatan tiga harinya ke Malaysia, beliau berkata semua agama mempunyai pihak pelampau seperti yang sering terbukti oleh sejarah.
“Namun, ektremisme ini bukannya penghalang ke arah mencapai kemakmuran, keamanan, kestabilan dan demokrasi. Ia hanya mencetuskan konflik,” katanya.
Clinton berkata Amerika Syarikat menyambut baik saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya diwujudkan satu gerakan kesederhanaan di peringkat global.
“Kami sedia menyokong beliau dan mana-mana pemimpin yang juga mengutamakan dialog antara agama,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan