| Hazlan Zakaria | |||
| |
"Sekiranya, mahkamah memutusakan Nizar adalah Menteri Besar yang sah, esok, keadaan di Perak akan bertambah kusut,” kata pakar perlembagaan negara, Abdul Aziz Bari .
Beliau mengulas kontroversi berhubung siapa menteri besar Perak yang sah antara Nizar dengan menteri besar sekarang ini, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
Profesor undang-undang dari UIA itu menjelaskan sejak setahun lalu, Zambry banyak membuat keputusan semasa 'pemerintahan' Barisan Nasional.
“Keputusan yang memihak kepada Nizar akan menjadi keputusan-keputusan (Zambry) sebagai tidak sah,” tegasnya.
Keputusan pentadbiran Zambry, termasuk pembentangan bajet negeri baru-baru ini juga akan menjadi tidak sah.
Abdul Aziz juga menolak cadangan daripada sesetengah pihak jika mahkamah membuat keputusan prospektif bagi mengatasi kesulitan berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan