Isnin, 14 Mei 2018

SAYA TIDAK AKAN MENINGGALKAN UMNO – NAJIB




Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak komited untuk terus bersama UMNO dan memberi sokongan penuh kepada barisan kepemimpin baharu yang akan mengembalikan kekuatan parti itu.

Najib menuntut supaya pemimpin sayap parti itu dan semua ahlinya agar menyokong dan mendokong barisan kepemimpinan baharu demi masa depan parti.

“Saya tidak akan meninggalkan UMNO dan akan terus menyokong UMNO,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur, pada Sabtu.

Pada sidang media itu, Najib juga turut berterima kasih kepada pemimpin dah ahli parti yang menyokongnya sepanjang memimpin UMNO.

“Saya tetap yakin jasa UMNO dan BN terlalu besar pada negara, segala kejayaan negara adalah punca sumbangan UMNO-BN. Kita sedih apa yang berlaku, namun sebagai parti yang mendokong prinsip demokrasi kita terima keputusan rakyat.

“Ini berkisar soal persepsi berbanding realiti, siapa menang perang persepsi dia akan menang,” katanya.

Hadir sama, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.


Tiada ulasan: