Rabu, 16 Mei 2018

Dr M: Abdul Gani dakwa buat persediaan dakwa Najib

THE MALAYSIAN TIMES



PUTRAJAYA: Bekas Peguam Negara (AG) Tan Sri Abdul Gani Patail dikatakan sedang membuat persediaan untuk mendakwa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan dengan 1Malaysia Development Bhd (1MBD) yang berdepan masalah sebelum beliau digantikan pada 2015.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Abdul Gani membuat dakwaan itu dalam pertemuan mereka di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini semalam kerana beliau mahu tahu kenapa Abdul Gani diberhentikan sebagai AG pada 2015.

“Beliau (Abdul Gani) mendakwa beliau sedang membuat persediaan untuk mendakwa Najib tetapi anda tahu apa yang telah berlaku, pagi itu, beliau diberhentikan daripada jawatannya,” katanya pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, hari ini.

Dilaporkan Abdul Gani diberhentikan atas sebab kesihatan dan telah digantikan dengan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Ditanya sama ada Abdul Gani ada menunjukkan sebarang dokumen, Dr Mahathir berkata beliau tidak meminta bagi sebarang dokumen dikemukakan dan hanya diperkatakan secara lisan.

Abdul Gani ketika itu mengetuai pasukan petugas khas bagi menyiasat RM2.6 bilion dalam akaun bank bekas perdana menteri dan kes SRC International.

Tiada ulasan: