shahbudindotcom
Pemakluman bersurat mengenai perkara itu kepada ibu pejabat UMNO sudah pun dihantar melalui pos biasa sebentar tadi.
Dalam
usaha menunjukkan penolakan terhadap Najib Razak, saya merasakan
ahli-ahli UMNO yang tidak setuju dengan Najib tidak sekadar perlu
mengundi selain BN dalam PRU akan datang, tetapi juga harus memberikan
isyarat yang lebih jelas mulai sekarang lagi.
Keluar
beramai-ramai meninggalkan UMNO adalah cara terbaik untuk menunjukkan
kepada Najib jalan keluar sudah terbentang luas untuknya.
Mengecutkan
kedudukan UMNO di mata umum bersama berbaiknya Tun Mahathir dengan
Anwar serta kedudukan parti-parti pembangkang yang semakin senada untuk
sama-sama menumbangkan BN, adalah pilihan yang tidak seharusnya
diabaikan.
Lebih ramai yang sedia menghantar isyarat itu, bermakna lebih cerahlah perubahan yang ingin dilakukan itu.
Saya
sepatutnya sudah lama meninggalkan UMNO, namun disebabkan sejak 2011
lagi bila mana pada tahun tersebut, saya menerbitkan dua buah buku,
Najib Perdana Menteri Terakhir dan Kesilapan-Kesilapan Najib, nama saya
telah dicadangkan oleh UMNO Bahagian Wangsa Maju kepada ibu pejabat
parti untuk dipecat, maka saya mahu menunggu tindakan itu terlebih
dahulu.
Saya
merasakan jika saya keluar UMNO di ketika nama saya sedang dicadangkan
untuk dipecat, maka saya akan dianggap penakut dan tidak berani
berhadapan dengan Jawatankuasa Disiplin parti.
Saya
tidak tahu mengapa sehingga sekarang saya tidak dipanggil untuk
mengadap Jawatankuasa Disiplin, meskipun secara keseluruhannya saya
telah menulis dan menerbitkan enam buah buku yang mengkritik serta
menegur Najib.
Selain
itu, sejak 2012, saya juga berterusan mengkritik, menegur dan
kadang-kadang "membelasah" Najib melalui blog ini yang jumlahnya sudah
melebihi 1000 artikel.
Tunggu
punya tunggu tidak ada juga sebarang tindakan diambil terhadap saya dan
kebetulan setelah tertubuhnya PPBM baru-baru ini, saya merasakan ketika
ini adalah kemuncaknya untuk rakyat harus menunjukkan lebih penolakan
terhadap Najib menjelang detik-detik PRU 14 akan datang.
Pendirian
saya sudah difahami oleh ramai orang - Najib, UMNO dan BN tidak harus
lagi diberi ruang memimpin negara ini. Sistem dua parti dan kerajaan
yang boleh bertukar ganti adalah pilihan terbaik untuk mengelakkan
rakyat terus dibuli dan dibeli.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan