Khamis, 15 September 2016

Hubungan Umno-MIC tak terjejas, kata Nazri

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, kenyataannya berhubung prestasi MIC tidak akan menjejaskan hubungan di antara kedua-dua parti dalam komponen Barisan Nasional (BN) itu.
 
Meskipun 'pedas' ujar Nazri, beliau yakin apa yang diperkatakannya itu tidak akan menjejaskan hubungan Umno-MIC, tidak seperti parti-parti lain dalam pembangkang.
 
"Pada saya (apa yang saya katakan) tidak akan menyebabkan perpecahan parti kita dalam BN, saya masih yakin ini, sebab itu saya membuat kenyataan tersebut.
 
"Jika MIC tak kenal (Umno) serangan saya akan memang berniat untuk menyakiti mereka
 
"Tetapi hubungan kami begitu akrab, ini tidak akan menjejaskannya," kata Nazri yang dipetik sebuah portal.
 
Beliau berkata demikian sebagai mengulas rasa kurang senang yang disuarakan Presiden MIC, Datuk Seri S Subramaniam.
 
Nazri sebelum ini dilaporkan memberitahu Malay Mail Online bahawa Umno adalah parti dominan dalam BN kerana parti-parti lain terpaksa bertanding di kerusi yang selamat.
 
Beliau memetik Subramaniam yang ujarnya berasal dari Pulau Pinang tetapi bertanding di Segamat, Johor.
 
Memahami ketidakpuasan hati Subramaniam, Nazri berkata beliau yakin MIC akan bertambah baik di bawah kepimpinan Menteri Kesihatan itu. 
 
"Saya mempunyai keyakinan tinggi terhadap Subramaniam. Dengan beliau menerajui MIC kita akan menang lebih banyak kerusi pada pilihan raya akan datang," ujarnya. 
 
Untuk rekod, MIC memperoleh empat daripada sembilan kerusi Parlimen yang ditandinginya pada Pilihan Raya Umum ke-13. 
 
 

Tiada ulasan: