Selasa, 6 September 2016

'Hadi roboh penyu kami, jangan biar helang Langkawi jadi mangsa'

MALAYSIAKINI


MCA Terengganu hari ini menggesa kerajaan negeri Kedah supaya tidak membiarkan tugu ikonik helang di Langkawi dirobohkan sebagai mana nasib replika penyu belimbing di Kuala Terengganu, yang dimusnahkan apabila kerajaan konservatif PAS berkuat kuasa.

"Pada tahun 1999, apabila PAS mengambil alih kuasa di Terengganu, tindakan regresif pertama oleh pentadbiran negeri di bawah kepimpinan menteri besar PAS ketika itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, adalah merobohkan replika penyu belimbing di bulatan di Kuala Terengganu.

“Alasan mereka ia seolah-olah menyembah patung epada berhala penyembahan,” kata kata Ketua MCA Terengganu Datuk Toh Chin Yaw dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, seperti penyu belimbing yang sinonim dengan Terengganu, helang adalah maskot tersendiri yang berkaitan dengan Langkawi.

Oleh itu, mana-mana cadangan untuk merobohkan struktur helang yang mewakili Langkawi itu, katanya adalah tidak wajar.

“Mereka yang mencadangkan sedemikian tidak berbeza dengan rejim Taliban di Afghanistan yang telah meletupkan patung lebih seabad Bamiyan Buddha yang bersejarah hingga menjadi debu,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan timbalan mufti Perak, Zamri Hashim yang berkata memasang replika burung helang sebagai mercu tanda adalah haram kerana ia menyerupai bentuk haiwan hidup.

Tiada ulasan: