Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng melahirkan rasa terkejut atas dakwaan cabaran "liar dan tidak berasas" mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dilemparkan oleh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem.
"Adenan gesa saya untuk
menunjukkan bukti tuntutan kononnya DAP akan menghapuskan GST di Sarawak
jika parti itu menang pada 7 Mei ini," kata beliau dalam kenyataan.
"Saya tidak membuat tuntutan sedemikian bagi pihak DAP," tambahnya.
Lim mencabar Adenan untuk menunjukkan bukti beliau
mendakwa sedemikian untuk menghapuskan GST di Sarawak jika menang dalam
pilihan raya negeri berkenaan.
"Jika beliau tidak dapat membuktikannya, Adenan
menunjukkan beliau tidak boleh dipercayai, ketika beliau sanggup
menyalah gunakan kuasa menghalang kemasukan pemimpin pembangkang dari
Semenanjung Malaysia memasuki Sarawak dan sekarang membuat dakwaan
palsu," jelasnya.
Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
menepis dakwaan pembangkang bahawa GST akan dinaikkan jika BN memenangi
pilihan raya negeri Sarawak kali ini.
Sebaliknya, Najib berkata, dakwaan pembangkang itu
sekadar pembohongan dan cadangan mengenai kenaikan GST tidak pernah
dibangkitkan sama sekali dalam kerajaan.
“Dalam mesyuarat sudah dibuat keputusan, antaranya
menolak sekeras-kerasnya dakwaan pembangkang kononnya jika BN menang
maka kadar GST akan dinaikkan," kata Najib.
Mengulas lanjut, Lim berkata, kerajaan negeri Pulau
Pinang pimpinannya membayar RM20 juta setahun kepada kerajaan
Persekutuan ketika dua majlis tempatan – Majlis Bandaraya Pulau Pinang
(MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) – menyerap GST bagi
pihak rakyat.
"Saya kata kita harus menghukum BN dan Adenan kerana
membenarkan GST untuk dilaksanakan dan membawa kesusahan kepada rakyat,"
kata Lim.
"GST sangat kejam kerana mengenakan cukai ke atas rakyat
miskin, bersama-sama mereka yang kaka, walau kerajaan negeri dan majlis
kerajaan tempatan juga perlu bayar GST untuk jalan raya dan projek
awam," tambahnya.
"GST adalah undang-undang Persekutuan dan hanya boleh dihapuskan oleh Parlimen, bukan kerajaan negeri," ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan