Ahad, 29 Mei 2016

Rayani Air dalam proses bayar balik tiket penumpang

Rayani Air
Rayani Air.
 

PENGURUSAN Rayani Air bakal berkunjung ke setiap stesen-stesen syarikat penerbangan berkenaan di Kota Bharu, Langkawi, Kuching, Kota Kinabalu dan KLIA2 bagi membantu dalam proses pembayaran balik tiket penumpang dalam masa terdekat.

Menerusi kemas kini di laman sosial Facebook rasminya, syarikat penerbangan berkenaan memaklumkan bahawa pihak pengurusan akan terus komited dalam usaha pembayaran balik tiket penerbangan yang dibatalkan kepada penumpang.

“Pihak pengurusan akan datang ke setiap stesen Rayani Air iaitu Kota Bharu, Langkawi, Kuching, Kota Kinabalu serta KLIA2 bagi membantu dalam proses bayaran balik tiket penumpang dalam masa terdekat yang mana ia merupakan keutamaan kami kepada pelanggan,” katanya,

Tambahnya, segala maklumat berkaitan akan dimaklumkan dari masa ke semasa dan pihak pengurusan memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku.


Tiada ulasan: